Sania Yasmin
ISBN: 9789831246078
Penerbit: Alaf 21 -
Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: November 2010
Halaman: 525
Harga: RM19.90
~ Rasaku… ~
Macam baru je baca karya tulisan Kak
Sarnia.. tup tup ada lagi bukunya. Cuma kali ini keluaran Grup Buku Karangkraf
[baca: Alaf 21]. Dan setakat yang aku perasan, kalau dengan penerbit yang ini
hero semuanya hampeh sikit. *wink*
Syamil padaku bukan jenis lelaki pujaan
ramai. Walau mungkin dia sentiasa dihimpit gadis-gadis cantik, baginya
perempuan itu tak ubah seperti lampin pakai buang. Dah puas boleh campak macam
sampah. Tetapi sejak terpandang Ayu Rihana, dia nekad untuk berubah. Mendekati
si gadis ayu itu bukannya senang. Dia perlu jadi lelaki sebaik-sebaik alam.
Perhubungan rapat antara keluarga memang
memudahkan langkah Syamil. Kata saja pada ayah bonda, terus rombongan meminang
dihantar. Tanpa bantahan, Ayu harus menerimanya. Kasihan Ayu! Walau hati sudah
terpaut pada Paksu sendiri; adik ibu tirinya, kehendak keluarga diturutkan.
Sebenarnya aku faham situasi Datin Noraini.
Diluah mati emak, ditelan mati bapa. Dia tahu yang Taufik itu sebenarnya
sebaik-baik pasangan buat Ayu tapi memikirkan keadaan, dia tegar melukakan ke
semuanya. Memang agak awkward kot bila adik sendiri jadi anak menantu.
Perubahan Syamil ada pasang surutnya.
Ugutan daripada bekas kekasih buat Syamil kembali kepada zaman liarnya.
Berfoya-foya dan bersosial hingga lewat pagi. Hati sang isteri ingin dijaga,
tapi dalam masa yang sama masih berteman mesra dengan perempuan lain. Alahai!
Kasihan Ayu. Rumah tangga tak habis-habis
dilanda badai. Satu per satu kesabarannya teruji. Bertahankah hatinya?
Kalau beremosi seperti aku, rasanya ini
memang bukan buku pilihan untuk anda. Mujur ada happy ending, kalau tak memang
aku debik si Syamil tu. Eh! hahaha ;P
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan