Ramlee Awang Murshid
ISBN: 9789831246795
Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd - Alaf 21
Tarikh Terbit: 2011
Halaman: 547
Harga: RM22
Halaman: 547
Harga: RM22
~ Rasaku… ~
Done!
Kalau abam Sunan cepat benauuu habisnya. Takde pula 'lemau' datang menyinggah..hikhikhik
Kalau abam Sunan cepat benauuu habisnya. Takde pula 'lemau' datang menyinggah..hikhikhik
Full review: 14/04/2015
Sukar
rupanya menjadi sang Laksaman Sunan ni. Ada saja ‘peperangan’ yang harus
ditempuh. Penuh dengan dugaan dan cabaran.
Kesinambungan kali ini, Saifudin yang parah dirawat oleh Hang Tuah nun di Tasik Hulu Melaka. Enam purnama berlalu, kesihatan Saifudin makin membaik dan akhirnya, Saifudin memulakan pengembaraannya kembali.
Kali ini,
tujuannya memburu Taghut. Misi membawa ke Negeri Atas Angin, bertemankan
Maryam, Luna, Panglima Awang Bagan, Sadik dan Abdol Rahman. Di pertengahan
jalan dibantu oleh beberapa
pahlawan bangsa Polip; terutamanya Indera. Bukan mudah mahu ‘berperang’, tapi tanggungjawab
yang digalas harus dilaksanakan.
Dalam sibuk memburu
Taghut, Saifudin dihimpit Sang Dewi; si makhluk siluman yang kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding. Part ini menarik, mana taknya hati sudah
menjangkakan ianya Ratna. Apa pun, perjalanan mengetahui siapa Sang Dewi memang
mengujakan.
Kisah Saifudin
berselang-seli dengan kisah Saifullah; sang pemegang amanah Catatan Maryam dan
Keris Nanggoroe. Siapa Saifullah? Ala...
tak susah nak menekanya. Siapa lagi yang bisa hidup lama selain bangsa Polip
kan? Dan ada sikit kisah Haryani di hujung cerita Saifullah. Haihh... si perawan itu masih lagi
dengan amarah dan sombongnya. Sekali Saifullah buka rahsia, terduduk terus! Hish, menyampah pula kita hahaha ;P
Apa pun
aku suka kesudahan si Taghut atau harus aku katakan si Raja Roman. Pengakhiran
yang baik untuk si lelaki yang pernah membuang Tuhan-Nya. Hidayah muncul di
saat kita sendiri tak menduga. Alhamdulillah, matinya tidak sia-sia. Indah
aturan hidupnya. Kita sendiri yang asalnya Islam belum tentu lagi
pengakhirannya. Doa banyak-banyak, moga rahmat sentiasa melingkari hidup kita
hingga hujung nyawa.
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan