Meen Zulaikha
ISBN: 9789831244616
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Ogos 2009
Halaman: 494
Harga: RM19.90
Halaman: 494
Harga: RM19.90
~ Rasaku… ~
Not as I expected to be. Tapi, karya penulis masih tak mengecewakan aku kerana seperti
biasa ceritanya ada kelainanan tersendiri.
Full review: 13/02/2015
Akhirnya lengkap juga koleksi Meen Zulaikha
dalam gobokairina. Suka..suka. Kredit pada si bonetrians yang rajin membantu rakan-rakan dalam edisi book
hunting.. ahaksss...
Aku suka dengan pergolakan jiwa Ailani.
Dari gadis yang liar dan manja, perlahan-lahan berubah dewasa dan matang. Kalau
dulu terikut-ikut dengan darah mudanya, kini dia sudah bisa berfikiran waras
seiring usianya. Nampak sungguh Ailani ‘membesar’ bersama-sama waktu walau dia
‘dibuang’ oleh keluarga sendiri.
Dalam membentuk hidupnya kembali, Ailani
bertemu dengan ramai orang. Antaranya Dato’ Rahim, yang kemudiannya
menggajikannya sebagai pemandu peribadi. Mudah benar kerjanya dengan Dato’
Rahim, tapi yang tak mudah adalah berdepan dengan Fatimi; anak kepada tokoh
korporat itu. Entah mana silapnya, mereka sering saja berlaga angin.
Keadaan makin meruncing bila rahsia
sekeping cek atas nama Ailani sampai kepada Fatimi. Hatinya makin kuat
mengatakan Ailani hanya berniat untuk mengikis kekayaan ayahnya. Lalu dia
merancang sesuatu. Ailani harus ditundukkan, by hook or by crook. Si pisau cukur seperti Ailani harus
disingkirkan segera daripada keluarganya.
Namun, lain dirancang lain yang jadi.
Keanggunan Ailani sukar ditolak. Dalam diam hati sudah bergetar. Mampukah
Fatimi menidakkan bunga-bunga di hati? Dan apa pula kesudahan misinya
menyingkirkan Ailani? Jeng jeng jeng...
Apa yang aku suka tentang penulis ini
adalah variasi dalam ke semua karyanya, tidak stereotaip dengan hanya
berbekalkan satu cerita. Dan, sebagai penulis senior, aku kira tiada apa yang
harus diulas akan lenggok bahasanya. Cukup serba-serbinya. Cuma, kali ini kisah
ini tak begitu lekat di hati namun tidaklah mengecewakan. Dan, buat peminat Kak
Meen, jangan lupa untuk lengkapkan koleksi anda.
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan