Elzara Hariri
ISBN: 9789671065709
Penerbit: K Four Publishing
Tarikh Terbit: Ogos 2011
Halaman: 271
Harga: RM18
Halaman: 271
Harga: RM18
~ Rasaku… ~
Lama rasanya tak baca karya yang dimasukkan
unsur saspen ni. Bila dah baca, mulalah rasa teruja.
Tapi, agaknya cerita ini mudah saja
ditebak. Alahai, sayang sungguh! Namun, masih menyeronokkan untukku baca.
Yalah, nak ‘bernafas’ setelah larut dengan segala kisah cinta romantis novel
Melayu. Ada eloknya mencari cerita-cerita begini, atau pilih genre seram. Ya,
tak?
Premisnya mudah. Bard dituduh membunuh
teman wanitanya; Natasha di Singapura. Dengan hanya berbekalkan sebentuk kunci
peninggalan Natasha, Bard ‘melarikan diri’ untuk cuba merungkai misteri di
sebalik pembunuhan Natasha.
Ayah Bard meletakkannya di bawah KH
Inteligence. Di sini, Bard diberi identiti baru dan mula menyertai K-4, sebuah
unit penyiasatan. Bard sukakan tugasan barunya, apa lagi dengan kehadiran
teman-teman K-4 yang satu kepala. Benji dan Rajan sudah dianggap saudara. Cuma
hati masih lagi menyimpan hasrat, mahu mencari si pembunuh Natasha.
Tugasan Kapsul Ungu membawa Bard jauh ke
Malaysia. Di sana dia bertemu Julia. Ada misteri yang perlu diselesaikan. Tapi
makin dalam dia menyiasat, dia makin keliru, seperti ada sesuatu yang saling
bersangkut-paut dengan tragedi yang menimpa Natasha. Keadaan makin meruncing
bila Rafael, ketua KH Intelligence ada agendanya tersendiri. Belum masuk lagi
dengan helah anaknya; si Randi. Masing-masing mahu menunjukkan kuasanya.
Apakah yang akan terjadi pada Bard bila dia
tersepit dengan kemelut dua beranak itu? Dan, apakah Benji dan Rajan akan
berpihak padanya? Jeng jeng jeng....
sila-sila dapatkan di PNM untuk bacaan lanjut :)
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan