Hezzy Azra
ISBN: 9789831247426
Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd - Alaf 21
Tarikh Terbit: Disember 2011
Halaman: 560
Harga: RM22
Halaman: 560
Harga: RM22
~ Rasaku… ~
3.5*
Raif & Redza...
Aku dah kelip-kelip mata kat si enche. Harapnya dia faham... ahaksss :)
Raif & Redza...
Aku dah kelip-kelip mata kat si enche. Harapnya dia faham... ahaksss :)
Full review: 10/03/2015
Buku
kedua oleh Kak Hezzy Azra [HA] yang ada dalam simpanan. Ya, lepas ni akan
bermula edisi mengumpul buku-bukunya buat koleksi. Tak pasti, tapi tulisan HA
ada pesonanya tersendiri. Aku suka! Kalau ada sesiapa mahu let go bukunya, boleh hubungi aku ya.
Johana
‘tinggal’ dalam dunianya tersendiri, setelah kematian Khalil tiga bulan sebelum
mereka diijabkabulkan. Sukar untuk Johana membuka hatinya pada lelaki-lelaki di
sekelilingnya. Paling rapat pun ada si Raif Imran [Raif], teman yang ditemui
secara tak sengaja ketika first
assignment Johana menjadi seorang wartawan.
Daripada
kawan biasa, akhirnya ke ‘teman tapi mesra’, masing-masing tak pernah meluahkan
rasa hati. Mana taknya, perangai Raif yang suka ‘mengumpul’ teman wanita di
sekeliling pinggangnya, membuatkan Johana merasakan yang Raif tak pernah
serius. Apatah lagi, Johana merupakan insan yang sering dicari bila dia
berdepan dengan masalah temna-teman wanitanya. Tapi apa yang Johana tak tahu,
Raif sebenarnya sudah meletakkan Johana nun jauh di atas singgahsana hatinya.
Kemunculan
abang Raif; Ian Redza [Ian] mengubah segala-galanya. Pada waktu ini baru Raif
menyedari hatinya mencemburui hubungan baik Ian dengan Johana. Dia kini seperti
perlu berebut-rebut dengan Ian untuk bertemu dengan Johana. Malah mendengarkan
perbualan Ian dengan ibunya tentang suri yang sudah dijumpai, buat Raif makin tak
senang duduk. Apakah Johana yang dimaksudkan oleh Ian itu?
Johana
sendiri tak pernah menyangka, ada getar yang bertandang bila dia melihatkan
wajah Ian. Apa lagi dengan perwatakan Ian yang gentleman dan matang, sungguh
memikat. Tapi, sebelah hatinya serba-salah. Kedua-dua beradik itu bagaikan
‘bermusuhan’ untuk mendapatkan perhatiannya. Sudahnya, siapa pilihan Johana?
Naskhah
yang comel dan manis. Boleh buat aku tenggelam dengan rasa tersengih-sengih
kambing hahaha. Tapi yang comel tu
aku letakkan di bahagian munculnya Ian. Chemistry
antara Ian dan Johana menjadi. Comel je, rasa cam nak gigit-gigit. Eh! Eh! :P
Ps:
Kredit pada teman bonetrians yang
rajin belikan aku sebuah... macehhh
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan