Aisya Sofea
ISBN: 9789831240618
Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd - Alaf 21
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama 2001
Halaman: 521
Harga: RM19.90
Halaman: 521
Harga: RM19.90
~ Rasaku… ~
Aku tertengok dramanya di Astro, dan-dan
aku mencari bukunya. Waktu tu dah macam orang mengidam nak juga baca bukunya by
hook or by crook. Dalam keadaan 'lemau-lemau-biskut', terjumpa pula hahaha
Full review: 14/04/2015
Evergreen. Rasa bagai mengimbau kenangan lama pula..ahaksss...
Nama
watak pun sangat sesuai dengan phase
cerita pada waktu itu. Aku suka. Cerita yang sangat sederhana. Tiada konflik
keras, atau kisah sang orang kaya yang melampau-lampau perinciannya. Jadi, mungkin
itulah penyebab kisah cinta Nurul-Fuad ini kekal evergreen hingga hari ini. Apatah lagi penulisnya sudah punya aura
tersendiri. Pastinya, kisah-kisah yang dilakarnya lebih menusuk hati.
Kalau dulu-dulu,
kisah bos dan pekerja bercinta macam happening
sangat. Mungkin kerana pilihan bacaan novel tak seperti sekarang kan. Waktu
tu novel Melayu sangat terhad penerbitannya, tak seperti kini. Macam-macam
kisah, daripada pelbagai penerbit pula.
Kisah
Nurul-Fuad ni sangat mudah. Bos yang terjatuh hati saat pandang pertama pada
bakal anak buahnya tersendiri. Tapi hasrat hati dipendam bila mengetahui Nurul
sudah berpunya. Bukan mudah untuk Fuad berlagak keras dan sombong dengan Nurul,
sedangkan hati dah berbunga-bunga cinta.
Namun takdir
mengubah segalanya. Tunang Nurul terkorban dalam kemalangan jalan raya. Si enche bos mula mengorak langkah, tapi
hakikatnya tak mudah mahu mencairkan hati sang gadis pujaan. Pelbagai cara
diatur, akhirnya cinta jatuh juga dalam hati Nurul. Yalah, bukan main
bersungguh lagi si Fuad ni.
Tapi dalam
diam, ada juga si pengganggu. Apa yang akan terjadi pada pasangan sejoli ini?
Mampukah mereka kekal bersama? Jeng..jeng..jeng...
sila-sila baca buku ini untuk tahu kisah penamatnya. Jangan risau, happy ending pastinya.
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan