Bukan Isteri
Sempurna
Tulip Ungu
ISBN: 9789670448411
Penerbit: Kaki Novel
Sdn Bhd
Tarikh Terbit: September 2013
Halaman: 584
Harga: RM21
~ Rasaku… ~
Tak tahu kenapa lagu Cinta Sempurna dari
Yuna jadi background music semasa aku habiskan pembacaan.
Full review: 16/05/2014
Premis cerita yang mudah memang akan membantu. Betul, tak kan rasa
pegang buku tebal tapi isinya kosong. Dalam buku ni misalnya, ada isu yang cuba
dikongsikan. Mangsa rogol tak semestinya perlu berkahwin dengan insan yang
menodainya. Aku pernah baca hal ni dulu, tapi aku dah tak ingat di mana. Kalau
tak, boleh juga kongsikan di sini.
Tapi, sebagai manusia biasa. Sejauh mana ya kita mampu terima itu
semua? Jawapannya hanya ada dalam diri sendiri. Menghukum itu mudah, mengerti
dan menyokong itu tidak. Lumrah.
Nina. Dia si isteri atas kertas. Bertemu semula dengan Daniel Arman [El]
menggugat ketenangannya. Difikirkan dirinya sudah ‘bebas’, tapi tak tahu pula El
tak pernah melafazkan cerai padanya. Bukan mudah nak bertentang mata dengan
suami sendiri, apatah lagi dengan keadaannya yang tak sempurna.
Menjadi PA pada suami sendiri lebih menyeksakan jiwanya. Berdepan El
selepas lima tahun buat hatinya terusik. El mesra lain macam. Eh! hahaha. Tapi
itulah dia; Daniel Arman yang sebenarnya tak pernah membuang Nina. Cuma dulu,
dia tidak diberi pilihan untuk menentukan hidupnya. Bila Nina di depan mata dia
cuba meraih Ninanya kembali.
Rasanya ramai yang suka dengan El ni nanti. Yalah, sang suami yang cuba
menggoda isterinya. Sanggup buat apa saja untuk melindungi si isteri. Kalau
dulu jenis pak turut je, sekarang ni dia dah tahu apa yang patut dia lakukan.
Taat itu bagus, tapi janganlah membabi-buta. Ya tak?
Tak kurang juga ada yang akan menyampah dengan Danish Arham [Dan]; si
kembar El yang menodai si Nina. Dan yang agresif si kesayangan Datuk Zainuddin.
Haihh... aku sama berbulu mata baca scene Datuk Zainuddin ni hahaha.
Cuma adegan di akhir-akhir konflik sedikit meleret. Tak suka kes si
Azzura tu. Alaa... nampak sangat klise. Apa pun, ending ok. Aku suka. Memaafkan
tu sememangnya dendam yang terindah. Tak percaya? Boleh cuba dengan memaafkan
diri sendiri terlebih dahulu ;))
Kalau pengulangan frasa hampir di setiap bab dapat dikurangkan, nescaya
naskhah ini berhak dapat lebih bintang daripadaku. Selamat terus berkarya!
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
i tgh cari novel nih
Maaf ya azuan zubaidah!
Saya tak jual bukunya.
Catat Ulasan