Evelyn Rose
ISBN: 9789670246536
Penerbit: Penerbitan
Karyaseni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Ogos 2013
Halaman: 752
Harga: RM28
~ Rasaku… ~
Done! Evelyn Rose
ternyata penulis baru yang perlu diberi perhatian. Good job sister!
Full review: 18/09/2013
13 jam pertama di A380
– agak membosankan. Seriously. Masa tu aku dah rasa nak campak buku ni ke tepi
dulu. Terlalu mendatar dan aku rasa Hana terlalu murah di sini. Senang-senang
dipegang, dipeluk oleh sang lelaki. Bila plot berkembang, baru aku sedar kenapa
perlu ada kisah 13 jam itu.
"Hana, thank you for last night...
but i can't have cocaine all the time."- Syed Haydar
Bila kita kecewa, baru
tergerak mahu cari sejadah. Kenyataan, pahit kan? Begitu juga dengan Hana. Saat
jiwa koyak-rabak, saat hati berderai seribu baru dia sedar akan kenyataan.
Perlahan-lahan mencari makna diri. Perlahan-lahan membina kekuatannya semula.
Hana bangkit daripada luka yang dalam.
Dan itu semua kerana
keluarga Fawwaz. Ada Emmel, Fido dan
nenek yang sedia berkongsi rahsia hidup. Ada Linda dan Helena yang
mengubah pandangan Hana tentang makna cinta dan kehidupan. Keberadaan mereka di
sisi Hana tak ubah seperti keluarga sendiri. Tiap kali langkah Hana rapuh
menuju-Nya, cinta mereka semua membawa dia kembali ke asalnya. Indah kan kalau
hidup bersyariat?
Watak Haydar tu memang
buat aku rasa nak hempuk kepalanya, lagi-lagi tika dia membuka kembali kenangan
kokainnya bersama Hana. Walau niatnya mungkin baik, tapi itu bukan
persoalannya. Sebaiknya lelaki itu menjaga maruahnya, maruah gadis yang
dicintainya. Entahlah.. aku rasa ruang untuk Haydar tak solid. Tetiba je dah kahwin,
seterusnya adegan penolakan Hana sebelum dia memilih untuk redha dengan
ketentuan-Nya.
Antara Fawwaz dan
Haydar. Aku suka pengakhirannya. Mungkin dari awal aku merasakan Fawwaz itu
terlalu baik untuk Hana. Bukan bermakna Hana tak baik, dia pun masih gadis
suci. Cuma aku rasa he deserves someone better.
Hati turut sama sebak
saat Samuel mengakui Tuhan dan Rasul-Nya. Kita sendiri belum tentu punya
kefahaman sepertinya. Memang hidayah itu dari-Nya. Seorang aties menemui apa
yang dicarinya. Kita yang mengakui muslim ini, sudah jumpa kah apa yang dicari?
Tepuk dada, tanya iman anda.
Transisi Hana sebagai
muslimah adalah titik tolaknya bagaimana cerita ini berkembang. Hana sedar,
Islam bukan setakat tak minum arak atau makan khinzir. Kasar bunyinya. Maaf.
Tapi itu hakikatnya. Kenapa kita begitu mudah terbabas? We always take for
granted. Beragama Islam semenjak kecil menjadikan kita rasa kita sudah cukup
islamik. Allahu Allah! Mudahnya kita menetap hukum.
Kemunculan kembali Adam-Arianna buat
menambah seri. Aku suka begini. Tak perlu disambung kisah mereka, cukup kalau
ada special appearance di mana-mana novel baru penulis. Itu lebih manis.
Apa pun kredit pada
penulisnya. Tahniah atas kelahiran novel kedua yang tidak kosong. Semoga anda
akan terus punya kekuatan dalam berkarya. Boleh request cerita Fido? Eh! hahaha
Selamat maju jaya!
Happy reading (^-<)
4 ulasan:
Lovely review~ saya suka A380 lebih dari TWB. Tahap angau, of coz pada Fawwaz. Haha. Baca review akak ni baru saya rasa lega Hana dengan Haydar, bukan Fawwaz. Sebab rasa Fawwaz deserve some1 better. Tapi saya harap dia dapat kat saya~ lalala
Nak audi TT pink satuuu~
Thanks Happy Mind :))
Memang rasakan Fawwaz patut dapat yang lebih baik kan :))
Selamat membaca novel ini ok!
nak beli novel ini rasanya ade lagi x
Khairunnissa nisa,
Maaf, saya tak jual. Dicadangkan beli saja online dari penerbit, lebih mudah :))
Catat Ulasan