Hanni Ramsul
ISBN: 9789670448206
Penerbit: Kaki Novel
Sdn Bhd
Tarikh Terbit: April 2013
Halaman: 664
Harga: RM24
~ Rasaku… ~
Sekuel boleh jadi
berjaya atau membunuh cerita yang sedia ada. Dan untuk siri ni, aku kira
biasa-biasa saja. Tak terlalu wow, tapi tak pula mengecewakan. Hanni Ramsul
boleh dikira penulis yang punya kelasnya tersendiri. Ada tarikan untuk terus
melekat pada karyanya. Cuma aku kira kalau kali ini ceritanya dibuat dari sudut
pandang Encik Firdaus, ia akan beri lebih variasi pada kisah asalnya.
Menelusuri kisah alam
rumah tangga Adiya dan Encik Firdaus bisa buat yang tak kahwin terasa nak
kahwin la la ni juga ;P Manis. Ya. Harus diakui, pasangan sejoli ini menghangatkan lagi
kisah cinta mereka sebelum ini. Ada turun naik, pasang surutnya dalam membina
perhubungan mereka. Tapi ada masa terasa ceritanya sedikit meleret.. mungkin
itu sebab bukunya boleh tahan tebal juga *wink*
Tapi seperti yang aku
bilang tadi, penulis pandai mencorakkan alur ceritanya. Plot yang dibina
sedikit demi sedikit dengan bahasa yang santai dan memikat. Aku jadi senang nak
menghadam satu per satu. Menyelitkan Salina dan Badrul daripada PAM buat mata
jadi segar. Terasa nak capai novel itu lepas habiskan yang ini.
Dan pastinya aku suka
dengan transisi perhubungan Adiya dan Mia. Begitu juga dengan perkembangan
Mia-Abang Kamal. Aku rasa ada baiknya juga sekuel ini berkisar pada pasangan
ini. Ala-ala kisah bersiri stail English Romance, kalau perasan sirinya mula-mula
pada si abang, lepas tu adik, adik ipar la dan lain-lain. Amboi! Bukan main
lagi demand hahaha
Apa pun aku senang
dengan isi ceritanya walaupun ada rasa nak lempang si Adiya tu laju-laju. Dia
dah tahu betapa Encik Firdaus itu sayang benar padanya, tapi tetap ada rasa
sangsi dalam hati Adiya. Aduh! Mana nak cari suami ideal seperti Prince Charming
tu wahai Ugly Betty oi?
Ending yang terbaik
dengan kegembiraan semua pihak. Baik buat pasangan sejoli mahu pun Mia dan
Abang Kamal. Akhirnya, kesabaran Mia terbayar. Yang manis, yang indah. Selamat
pengantin baru Mia!
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan