Anjell
ISBN: 9789670246529
Penerbit: Penerbitan
Karyaseni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Julai 2013
Halaman: 843
Harga: RM30
~ Rasaku… ~
Menarik. Cukup satu
perkataan kalau nak aku simpulkan selepas membacanya. Sebagai orang baru dalam
industri, karya penulis tidaklah menghampakan. Walaupun pada dasarnya, tema
ceritanya tersangatlah klise tapi penulis mampu membawa ceritanya sampai ke
hati.. dengan gaya bahasanya yang santai dan konflik kahwin paksa yang tidak
terlalu berat. Cuma aku rasa sedikit meleret di awal dan pertengahan cerita.
Tengku Aaron Shah
[Aaron] sudah tertarik pada Damia Farisha [Damia] sejak kali pertama bersua.
Damia yang manis dan tegas, sememangnya berbeza benar dengan
perempuan-perempuan di sekelilingnya. Tapi Damia sungguh menyampah dengan
lelaki bajet hebat itu. Meluat dengan gaya Aaron yang gatal tak bertempat,
mentang-mentanglah kaya. Semuanya macam boleh dibeli. Sungguh Damia anti!
Namun takdir mengikat
Damia dan Aaron. Kukuh. Aaron cukup bijak mengambil peluang dalam kesempitan.
Dan akhirnya, Damia tiada pilihan. Kerana syarikat, dia harus bersetuju menjadi
isteri Aaron.
Sedangkan hakikat
perkahwinan itu hanya Aaron yang tahu. Dia mahu mengaburi mata semua orang
terutamanya kembarnya; Tengku Andrean yang merampas Seri. Dia mahu mereka
berdua itu tahu yang hidupnya masih juga kekal bahagia. Damia lah yang menjadi
mangsanya. Si bunga itu adalah bahan eksperimen untuk episod kebahagiaannya.
Tidak diduga, alam perkahwinan sebenarnya
merapatkan lagi dua hati. Apatah lagi Aaron dan Damia bukannya seperti pasangan
kahwin paksa lain. Mereka tidak pula bersengketa, memaki hamun sesuka hati. Ada
give and take. Dan bila hari-hari bersama, perasaan mula dilanda getarnya. Haru
bila tak bertemu. Rindu bila berjauhan. Hmm... habis siapa yang harus mengakuinya
dulu?
Adat dalam perhubungan,ada turun naiknya.
Si jejaka seperti Aaron tak habis-habis dikejar wanita. Dan salah seorang bekas
teman wanita Aaron; Salmy tak pernah berputus asa. Kemuncaknya, dia mengaku
yang Aaron bapa kepada anak dalam kandungannya. Jadi, apa kesudahannya?
Seperti biasa, jangan susah hati.
Penamatnya akan sentiasa manis buat pasangan sejoli. Dan ya, Tengku Aaron Shah
tu boleh masuk list suami idaman Malaya lah *wink*
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan