Takdir. Cahaya Yang Tidak Terpadam
Hilal Asyraf
ISBN: 9789830972862
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 2011
Halaman: 533
Harga: RM21
Tarikh Terbit: 2011
Halaman: 533
Harga: RM21
~ Rasaku… ~
Selepas Hero, aku memang tercari-cari buah tangan penulis ni. Bukan apa, kerana encik penulis berjaya buat turning point untuk aku melihat dan menghayati karya islamik. Dan ternyata penulis masih berjaya mengekalkan rasa teruja aku dengan novel ini.
Ini bukan sebarang pengembaraan. Ia kisah pengembaraan seorang pemuda bernama Angkasa Sakti dalam membebaskan dunia yang ketika itu berada dalam kegelapan dikuasai oleh Kerajaan Utopia. Diketuai oleh Sang Asura dan Lima Jeneralnya; masing-masing kejam dan zalim. Menghimpit dan menindas. Taksub dengan kekuasaan dan kemenangan. Meninggalkan mereka yang berpandukan Al Quran ke ruang yang kelam dan tandus. Mereka tak mahu sesiapa pun kembali pada Islam. Dan jika ada, semuanya harus dibunuh. MasyaAllah!
Kerajaan Tanah Haram dan Kota Hijau Chinmayi adalah dua kerajaan yang masih lagi mampu bertahan. Kedua-duanya masih kuat menentang kuasa Sang Asura kerana percaya;
Walaupun kegelapan menyelimuti dunia, cahaya Ilahi tetap akan terus menyala [blurb novel]
Dalam pengembaraannya, Angkasa bertemu dengan ramai pahlawan hebat. Antaranya; Izrayel Junjaki atau dikenali dengan Pendekar Berdosa. Yang berlawan dengan pedangnya yang tumpul tetapi berjaya membunuh ke semua mangsanya. Aku memang suka watak si Pendekar Berdosa ni *wink* Begitu juga dengan watak anak kecil bernama Ezakiel yang dianugerahkan kelebihan mencairkan Orihalcoln, logam terkeras di bumi. Kedua-dua watak ini yang pada mulanya menolak agama Langit namun akhirnya tunduk jua pada Ilahi. Benar, kuasa Allah tiada tolok bandingnya.
Menilik semangat Angkasa, aku rasa macam tengah tengok cerita Naruto pula. Yalah, kedua-duanya bagai tak tahu kekuatan sebenar yang disimpan. Apatah lagi bila Angkasa belajar mempraktikkan seni yang menggunakan tenaga di sekeliling. Ala... kalau korang tengok si Naruto tu... kan ada form chakra terdiri daripada pelbagai jenis chakra - angin, api, tanah, kilat dan air. Ha, sama lah tu ;))
Sebenarnya banyak lagi watak-watak hebat Islamik yang penulis tonjolkan. Ada Ruh Faizan, Aizan Fahmi, Arnav, Ashoka, Khalid Al-Walid dan lain-lain lagi. Dan kalau aku huraikan satu per satu mungkin panjang berjela resensi ni. Jadi aku cadangkan cari saja novel ini. Lihat sama ada kau akan terkesan atau tidak *wink*
Walaupun fiksyen, tetapi penulis berjaya meyakinkan aku yang ianya seperti benar-benar terjadi. Mungkin kerana ianya umpama karya epik Islamik yang disulami dengan konsep tarbiahnya. Lancar dan menarik dengan aksi dan drama juga sedikit cinta di hujung-hujungnya. Aku juga suka pengakhirannya dan difahamkan akan ada sambungannya lagi. Well, just awesome!
Percayalah hidup ini tidak akan lepas daripada ujian. Jika bukan ujian yang zahir seperti hari ini, pasti akan datang ujian yang tersembunyi. Jika bukan ujian yang sukar seperti hari ini, mungkin akan ada ujian yang lebih sukar menanti [page 305]
Senyum. Dan itu mengingatkan aku pada ini:-
Percaya. Tuhan selalu punya rahsia – Faisal Tehrani
Happy reading (^-<)
4 ulasan:
Saya pun suka juga dengan watak Izrayel Junjaki. Saya selalu terbayang Izrayel Junjaki ini seolah-olah wataknya seperti Zaraki Kenpachi dalam anime Bleach....:-)
Tanpa Nama,
Ala...saya tak tonton pun Bleach ;(
Jadi tak boleh nak bayangkan siapa Zaraki tu ;))
saya setuju dengan encik/cik(?) Tanpa Nama..sebab Zaraki Kenpachi adalah shinigami tunggal yang berpedang tumpul, tetapi pedangnya itulah yang mampu memotong Hierro (lapisan kulit pelindung) mna2 Arrancar yang lebih keras dari keluli (dah mcm Orihalcon pula). Izrayel Junjaki adalah versi Muslimnya, mungkin. sangat terkesan dengan novel ini..mari kita dapatkan sambungannya di Pesta Buku Antarabangsa 2013, Takdir 2 - Percaya yang Tidak Sirna! :)
Shaoran Hani,
Wah! Tetiba saya rasa cemburu ni sebab tak tahu siapa Zaraki tu *wink*
Ya, akan ditunggu Takdir 2 ;D
Catat Ulasan