Teduhan Kasih
Marissa
ISBN: 9789670246222
Penerbit: KaryaSeni Enterprise
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama Mei 2012
Halaman: 575
Harga: RM22
Halaman: 575
Harga: RM22
~ Rasaku… ~
Adam Ehsan [Adam], anak pertama yang amat dinanti-nantikan Iffa. Telah lama menunggu, dia pun dah tak larat menanggung rasa dipandang hina oleh keluarga Ryzal. Namun siapa tahu belum sempat berkongsi rasa, hatinya dicalar-calar. Ryzal rupanya dalam diam berhubung dengan Ayu; teman baik sendiri. Enam tahun menyulam cinta rupanya tak cukup untuk mengikat Ryzal menjadi suami setia.
Kecewanya hanya Tuhan yang tahu. Sakitnya benar-benar menghiris, tetapi kerana anak yang dikandung Iffa tegar. Dia perlu bangkit untuk anugerah yang terindah itu. Di saat melahirkan, takdir membawanya bertemu Ehsan. Lelaki itu umpama angel. Melindungi dan memeliharanya agar tidak terluka. Tanpa mengharapkan apa-apa balasan, Ehsan ternyata lelaki yang berjaya membuat Iffa kembali bahagia. Tapi... Apakah benar Ehsan lelaki yang baik?
Ehsan mengaku dia bukannya lelaki yang baik. Agak klise lah, anak orang kaya, punya rupa dan pangkat tetapi kaki perempuan. Tetapi bila bertemu seorang wanita yang sarat mengandung yang mahu melahirkan, hati Ehsan tergerak untuk membantu. Dan Iffa nyata bukan wanita yang sembarangan. Dengan Iffa, Ehsan mula mengerti rasa kasih sayang. Dengan Iffa, Ehsan mula mengenal fitrahnya sebagai hamba Tuhan.
Namun sukar juga untuk Ehsan mengorat Iffa haha5 Bukan kerana Iffa masih sayangkan bekas suaminya tetapi hati yang hancur berderai perlu masa untuk sembuh. Iffa sedang cuba melindungi diri daripada terpedaya lagi dengan janji seorang lelaki. Mujur ada Adam, si kecil penghubung rasa cinta antara mama dan papanya. Adam sememangnya ‘watak utama’ yang paling comel! *wink*
Dan kerana Adam jugalah, mereka berdua berkahwin. Ehsan kan sayang sangat dengan Adam, mana dia mahu lepaskan anaknya itu. Tetapi Iffa, sudah bersediakah menerima suami baru yang punya banyak kisah silam itu? Dan Ehsan, apakah benar hanya Adam sebabnya, bukan kerana sudah jatuh hati pada Iffa? Jeng jeng jeng... sila-sila baca sendiri ;))
Aku tak punya banyak masalah menghadam karya ini. Ia cerita yang santai walaupun agak berat sebenarnya - kisah si isteri yang ditinggalkan, suami yang curang dan sahabat yang sebenarnya gunting dalam lipatan. Cuma rasanya ia tak sesuai untuk anak remaja sebab ia cerita suami isteri. Walaupun taklah terlalu expose, tetapi eloklah beringat ;))
Oh! Nak beritahu tentang ini. Mungkin ada kesilapan kot di bahagian Iffa yang sedang uzur tetapi boleh solat. Nak kata plot berbeza, rasanya dalam satu bab je tu. Dan sedikit keliru tentang watak Sofea. Gadis tu adik tiri Iffa atau sepupu rapat Ryzal? Atau mungkin kah nama sama jadi aku yang keliru *rolledeyes*
Hujan rintik-rintik, air bergelombang. Adam sangat cantik papa sangat sayang. Hujan rintik-rintik, tumbuh daun lalang. Mama sangat cantik...papa sangat sayang... [page 90]
Well...well, mana ada hati perempuan tak terbuai ye tak? kih5 ;P
Happy reading (^-<)
10 ulasan:
novel yg di dramakn... menarik... masih mencari2 novel nih tapi xjumpe2 jgk... huhuhu btw ulasan yg menarik..hehehe
Ahlam Miera Amirul Shafie,
Terima kasih ;D
Awak boleh cuba cari di link ini, kot Cik Shida kita masih ada stok:-
http://mybizsantaishop.blogspot.com/2013/05/novel-teduhan-kasih-diadaptasikan-ke.html
Tapi paling senang beli online di KaryaSeni :))
Boleh tahu ape pengakhirannya? Tak terasa nak tunggu drama ni habis <( ̄︶ ̄)> []~( ̄▽ ̄)~* ( ̄﹏ ̄) ( ̄ˇ ̄)
Agak best gak ceritanya.ya
Nur Insyirah Razali,
Jangan risau, happy ending punya buat mama, papa & Adam ;D
Tanpa Nama,
Ya, tak dinafikan jalan ceritanya agak memorable ;))
Cerita ini sangat best..dan kepada yg menulis novel..goodluck..teruskan karia anda.... :)..
Boleh x nk dptkn novel ni.....Di mana yer...puas mencari..
Tanpa Nama,
Kan? Moga penulis ada idea yang lagi best untuk karya seterusnya :))
Zalifah Zakaria,
Beli online di Karyaseni je ;D
Hanya Aku...
Telah membawa aku ke sini....
Tq
Tanpa Nama,
Erk? Sebenarnya saya agak tak faham..maksud awak?
Tapi thanks sebab singgah sini ;))
Catat Ulasan