Gadisku, Wan Adnin
Noor Suraya
ISBN: 9789670201528
Penerbit: JS Adiwarna Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Jun 2012
Halaman: 313
Harga: RM20
Halaman: 313
Harga: RM20
~ Rasaku… ~
Bagaimana harus mulakan resensinya? Hmm...
comel. Indah. Comel. Aci tak? kih5 Mula-mula sekali nak puji JS Adiwarna untuk
keluaran novel berkertas kuning. Yeah! Terasa mahal sungguh, kembang-kempis
hidung memegang novel ni. Mujur ya pihak penerbit tak naikkan harga. Sayang
korang ;))
Wan Adnin [Adnin], anak gadis bangsawan
yang terdidik penuh berhemah. Walaupun tanpa kehadiran ibu dan ayahnya, Adnin
membesar seperti anak gadis lain yang elok pekertinya, santun bahasanya dan
kaya kasih sayangnya. Wan Suhaidah [Tok Bonda]; nenek Adnin begitu tegas
mendidik Adnin sementelah itulah satu-satunya cucu perempuannya.
Adnin itu anak remaja biasa yang punya
cita-cita dan impiannya tersendiri. Namun bagai 'dihalang' oleh Tok Bonda yang
begitu menitikberatkan sahsiah, sejarah dan kedudukan aristokratnya. Tok Bonda
tak mahu Adnin larut seperti anak gadis yang lain. Warisan tinggalan zaman
seperti menekat dan menenun harus 'diperjuangkan' oleh Adnin ;))
Dan sebagai cucu yang mengenang jasa, Adnin tak pernah membantah.
Namun dalam satu-satu hal ini, Adnin
terasa. Bagaimana ya mahu membantah bila Tok Bonda sudah bertegas akan hal jodohnya?
Bukanlah Adnin mahu lupa diri tetapi rasa hatinya itu mahu dicampak ke mana.
Sudahnya Adnin mengunci mulut, ikutkan saja rentak Tok Bonda. Alahai,
kasihannya Akhtar! Tok Bonda memang tak sudi bermenantukan Akhar, anak pengusaha
kantin tu. Aduh! Kisah cinta dua darjat sungguh.
Mujur ada dayang-dayang
istana iaitu Zie, Hani dan Sheri yang sering jadi peneman. Memberi kata-kata
semangat dan tukang sorak setia. Begitu juga dengan kehadiran Tok Yang, Tok Umi
dan Kak Ijah. Kesemuanya saling menyokong dan mengerti. Dan Akhtar,
sayang-sayang buah kepayang. Nak ditelan pahit, nak dibuang sayang? ;P
GWA menyedarkan aku tentang rasa belonging
to family. Rasa bagaimana mahu mendidik hati untuk belajar bukan saja
menghormati tetapi menyayangi semua ahli keluarga tanpa melihat siapa dan
bagaimana mereka melayan kita. Sungguh. Terasa juga di hati, terkenang akan
saudara-mara lain yang mungkin selama ini aku terlepas pandang. Tak perlu jauh
kot, selidik diri sendiri lihat bagaimana ya melayan makcik sendiri? *wink*
Sekali lagi Kaksu tak pernah menghampakan para peminatnya. Seperti mana
terjatuh cintanya aku pada Duha dan Nuha, tak sukar juga untuk jatuh cinta pada
Adnin. Eh! Ke aku terjatuh cinta pada Akhtar ;P
cinta itu kurniaan Allah
jatuh dalam hati-hati hamba-Nya [blurb novel]
jatuh dalam hati-hati hamba-Nya [blurb novel]
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan