Ingin Berkasih Lagi
Damya Hanna
ISBN: 9789831247655
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Mac 2012
Halaman: 640
Harga: RM25
Halaman: 640
Harga: RM25
~ Rasaku… ~
Lama rasanya aku tak baca karya penulis prolifik Alaf 21; Damya Hanna. Yang terakhir rasanya Ternyata Cinta, tu pun tiga-empat tahun sudah kot. Lamanya! *wink*
Ok, mari kita mulakan. IBL kisah si Isyatul [Isya], gadis lewat 30an yang masih bujang. Bukannya tidak pernah jatuh cinta tetapi ada sejarah yang melukakan. Amrin atau Burn, lelaki pertama yang mengisi hatinya. Tetapi itu dulu ketika dia masih anak remaja. Hubungan mereka nampak mudah dan bahagia tetapi apabila Amrin membawa rombongan merisik, berlaku lah episod hitam yang membayangi langkah Isya.
Ayah Isya benar-benar malu. Hmm, aku tak pasti rasional apa si ayah yang malu bila anaknya yang masih belajar di universiti sudah dipinang. Ok, kalau malu atau terhina sekali pun kenapa anak pula didendami bertahun-tahun. Dan kerana itu lah aku rasa kasihan sungguh dengan Isya ni. Anak bongsu patutnya dimanja-manja, sudahnya dibuang-buang saja lagaknya. Apatah lagi ayahnya suka benar membeza-bezakan dia dengan angahnya. Memang tertekan rasanya sedangkan angah yang kononnya ada kerjaya bagus tu selalu juga datang meminjam duit Isya.
Isya ni ada masanya nampak tabah tetapi banyaknya dia macam lost in space. Perasaan syak wasangka penuh di dada. Entah apa yang difikirnya, orang nak tolong pun dianggap orang jahat. Kasihan Najwan! Tetapi hero ni boleh berlagak tenang dan selamba. Yeah! Bagus. Dapat mengimbangi watak Isya yang seakan hilang punca tu. Apa yang aku suka lagi tentang Najwan apabila dia tidak begitu terdesak. Sabar saja bila dilayan enteng oleh Isya. Sabar sungguh.
Kemunculan Amrin di tempat kerja Isya membuatkan Isya dilanda gelisah. Dia keliru. Amrin kembali mengejar cintanya, cuba membuka rahsia hati yang dipendam selama ini. Isya tak mahu berkasih lagi dengan Amrin kerana sudah terang lagi bersuluh yang Amrin sudah ada penggantinya; Julia. Tetapi Amrin ni pula jenis lelaki yang tak reti bahasa. Sudah dikata tak nak, masih lagi mahu mencuba. Dia tahu tiada lelaki lain selainnya dalam hati Isya. Wah! Yakinnya.
Isya penat berlari. Lari daripada kenyataan dan perasaan yang keliru. Hati kadang-kadang terkenangkan Amrin tetapi dalam masa yang sama kehadiran Najwan turut mencuit jiwanya. Jadi Isya, kamu mahu pilih yang mana? Cinta lama atau cinta baru?
Ikutkan aku letakkan 3.5 tetapi aku genapkan je. Senang. Mungkin sebab ia kisah gadis yang belum berkahwin. Jadi terasa dekat di hati. Cewahhh *abaikan*
Ps: Baca dan terus baca, akhirnya baru aku sedar ada hutang review yang berderet. Pheww... *malas* ;P
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan