Legasi Pejuang
Arman Jazee
ISBN: 9789831248058
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Julai 2012
Halaman: 586
Harga: RM23
Halaman: 586
Harga: RM23
~ Rasaku… ~
Syed Kairi pada mulanya hanya seorang penghantar surat. Kerja dan hidupnya mudah sangat tetapi siapa tahu takdir membawanya jauh dari Malaysia. Semuanya bermula pada hari dia ditugaskan menghantar bungkusan ke sebuah bank. Dia terperangkap dalam satu rompakan bank. Lebih mengejutkan dia dijadikan tebusan oleh ketua perompak itu dan dilarikan ke luar negara. Dan saat itu semuanya berubah.
Dia diberi nama baru – Muaz. Lelaki pejuang anti-Zionis, pembela mereka yang lemah. Dilatih oleh ketua perompak itu sendiri; Sheikh Mahdi untuk menjadi seorang pejuang agama Islam di bawah nama Gerakan Hihad Ulislam. Muaz diangkat daripada seorang yang tidak tahu apa-apa kepada pejuang yang terunggul di bawah pimpinan Sheikh Mahdi. Dari perang saudara di Somalia, konflik di Bosnia hinggalah kepada peristiwa kebangkitan rakyat Palestin menentang kezaliman rejim Zionis, Muaz merupakan antara orang terpenting! Kerana kehebatannya dia menjadi individu paling dikehendaki oleh agensi perisikan Israel, Mossad dan CIA.
Di sebalik aksi-aksi pertempuran dan perjuangan, nyata penulis tak lupa pada Muaz yang biasa-biasa itu. Penulis membawa kita mengenal Maria; gadis yang dibantu Muaz di Bosnia. Eh, ada kisah cinta juga yang terselit! *wink*
Begitu juga dengan kehadiran si pakar senjata api - Khalib Razim; rakan seperjuangan Muaz. Khalib yang kepala angin dan pemarah orangnya. Khalib yang buat aku rasa nak ketuk-ketuk je dia ni sebab rasa dengkinya pada Muaz tetapi bila di akhirnya aku sangat-sangat mengagumi Khalib. Dia yang tercedera kerana serangan tentera Serbia, sanggup mengorbankan dirinya agar Muaz dan 2 orang Ahli Kongres Bosnia dapat lepaskan diri. Ya Allah! Ini sahabat yang kita cari!
Aku suka isi cerita novel ini. Mengangkat seorang insan biasa menjadi luar biasa. Bayangkan saja kita sendiri yang suka memperlekehkan mereka di bawah kita dan bila masa berlalu lihat saja. Si dia yang diperlekehkan, si dia yang tiada apa-apa itu akhirnya menjadi seorang pejuang kebenaran yang terhebat. Masa hadapan bukan di tangan kita. Jangan mudah bangga dengan apa yang kita miliki. Saat Ilahi mahu menariknya, nah! Terduduk kita kan?
Dan aku juga suka bila isu keberanian menjadi pejuang yang dititipkan. Apakah kerana rasa kemanusiaan, tanggungjawab atau pun ianya sebenarnya kewajipan kita sebagai orang Islam?
Tetapi sedikit mengecewakan apabila berlaku kesalahan ejaan dan tatabahasa. Satu atau dua rasanya tak mengapa tetapi bila berlaku hampir setiap halaman, ianya buat aku rasa... alahai! Kelihatannya Alaf 21 bagai sudah tidak menitikberatkan hal ini. Jika dulu, payah nak jumpa masalah ejaan ini, tetapi sekarang novel-novel terbitan mereka bagai ada yang terlepas pandang [?].
Aku nantikan kesinambungan novel ini. Sebab rasanya tak mudah kan Muaz 'pergi' begitu saja. Kan? ;))
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan