Ramlee Awang Murshid
ISBN: 9789831249345
Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd - Alaf 21
Tarikh Terbit: Februari 2014
Halaman: 528
Harga: RM23
Halaman: 528
Harga: RM23
~ Rasaku… ~
Tamat sudah! ;)
Kerana nak habiskan kisah Nanggroe ini yang buat aku reread siri Sunan sebenarnya. Kebetulan di GR, aku belum buat mana-mana review kecuali Sunan Musafir. Makanya siri ke-6 tu aku baca juga tapi tak update di GR kerana bukunya sudah masuk cabaran GR tahun 2012.
Aku tunggu kesinambungan kisah ini. Lagi cepat diterbitkan lagi bagus, tak buat aku panasaran hahaha
Kerana nak habiskan kisah Nanggroe ini yang buat aku reread siri Sunan sebenarnya. Kebetulan di GR, aku belum buat mana-mana review kecuali Sunan Musafir. Makanya siri ke-6 tu aku baca juga tapi tak update di GR kerana bukunya sudah masuk cabaran GR tahun 2012.
Aku tunggu kesinambungan kisah ini. Lagi cepat diterbitkan lagi bagus, tak buat aku panasaran hahaha
Full review: 21/04/2015
Bahayanya
fitnah -- seorang bapa menghukum anaknya, seorang ibu kehilangan anaknya, dan
seorang abang hilang adik manjanya. Namun, hikmahnya dek fitnah itu, Saifudin
belajar membesar dan dewasa. Onak ranjau yang dilalui sebelum mendiami bumi
Aceh banyak mendidik Saifudin akan sabar dan syukur.
Menyelusuri
kisah pemuda biasa hingga bergelar Laksamana Sunan cukup mengujakan. Bagaimana
sang anak manja yang banyak keletahnya, kemudiannya bertukar laku, menjadi pendiam
dan lebih sabar dalam mengawal gelojak
mudanya. Bagaimana sebenarnya hal-hal di kelilingnya yang membentuk
peribadi seorang Sunan.
Terhibur
dengan adanya gelagat Djailuh dan Sadik. Kedua-duanya punya ulah tersendiri,
dan bagaimana mereka akhirnya menjadi sahabat terbaik buat Saifudin. Begitu
juga dengan watak Engku Aminah; anak kerabat yang rupawan menjadi perhatian
anak-anak muda negeri.
Ada rahsia yang ‘dikekalkan’ hingga hujung cerita. Rasa cam dapat teka, tapi
aku simpulkan tungguuuuu hingga
kesinambungannya. Aku mahu perasaan-dalam-teka-teki itu dibawa hingga novel
terbarunya.
Watak
Megat dan Seroja juga ada perkembangannya. Aku suka. Senang cerita, aku hampir
menyukai kesemuanya. Yalah, watak-watak yang ada diceritakan dengan baik
sekali. Tak terkurung dengan watak Saifudin sebagai tunjang utama. Cuma,
kemunculan Sang Ratu Sulaman bagai ada yang tak kena. Dalam novel terdahulu,
tiada langsung mengatakan si Ratna dan Saifudin pernah bertemu. Tapi dalam
novel ini mereka bertemu dan saling mengenali. Dan itu, menyumbang kepada
kekurangan satu bintang ahaksss...
Apa pun,
aku akan tunggu kesinambungannya. RAM pasti akan membongkar semula hubungan
Saifudin-Ratna ni. Mana boleh pasangan epikku ini dibiar tergantung begitu
saja. Tak gitu? hihi... ;)
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan