Hujan Gerimis
Dihiasi Pelangi
Manaf Hamzah
ISBN: 9789839068153
Penerbit: Pustaka
Islamiyah
Tarikh Terbit: 2011
Halaman: 721
Harga: RM50
~ Rasaku… ~
Waa... tak
sangka jumpa buku ni dalam bentuk e-book. Tahniah Che Rina kerana sanggup
bertahan dengan skrin komputer hahaha :D
Full review: 6/11/2014
Membaca karya daripada
lelaki seringkali mengujakan aku. Tidak terkecuali Pak Manaf Hamzah. Tapi ya,
buku ini berstatus ‘dewasa’, ingatan di muka depan tidak boleh dipandang
ringan. Moga kalian faham maksudku ini.
Baiklah. Kisahnya
bermula apabila Tiara mengambil upah mengintip sang teruna; Rozman namanya.
Disangkakan, kerjanya mudah saja tapi manakan dia tahu yang tembelangnya pecah.
Mudah saja dia ditangkap oleh Rozman. Teknik penyamaran tak menjadi. Haila...
Tiara takde bakat jadi spy hahaha
Rozman walau pada
mulanya menyampah dengan Tiara ni tapi tak dapat dinafikan si Tiara ada aura
yang buat dia terpersona. Dalam pada itu, manalah tahu kehadiran Tiara yang
mengintipnya tak berakhir di situ. Ada sesautu yang saling berkait antara
mereka, dan untuk mengetahui rahsianya mereka berdua harus bersatu
menyelesaikan misteri yang ada.
Wah! Misteri, cam
thriller pula kan? Tapi itulah, bahaya dan musuh bagai menari-nari di
sekeliling mereka berdua. Percaya atau tidak, makin menghampiri garis penamat
makin mereka dilanda musibah.
Keseluruhannya, ianya
menghiburkan. Ini bagai edisi pengenalan buat aku untuk mengenali penulis
kelahiran Singapura ini. Belum cukup puas hati, aku merasakan ada karyanya yang
lebih baik daripada ini. Apa pun, masa untuk ‘menggali’ lebih lagi buku-buku
Pak Manaf Hamzah ini.
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
buku ini harganya RM50. alamak.
Soleh S,
Dik, akak pinjam je hahaha :P
Catat Ulasan