Mas Kahwinku
RM22.50
Zan Zarida
ISBN: 9789831249161
Penerbit: Alaf 21 –
Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Januari 2014
Halaman: 528
Harga: RM21
~ Rasaku… ~
“Membaca tanpa perasaan” -- Agaknya ini
yang berlaku padaku. Mungkin buku ini dibaca pada waktu yang salah. Maka terhasillah ‘tiada perasaan’
itu. Pheww...
Tiada masalah dengan isi cerita. Ikutkan ianya akan mengikat aku -- kisah
ibu/kahwin express, tapi sayang ada sesuatu
yang missing. Kekuatan cerita tak
terletak pada sang hero atau heroin... sayangnya! Dan, ada masanya watak Danisha itu agak
merimaskan aku. Sebaliknya, kisah sang anak-anak... si keletah itu
yang ‘membawa’ aku ke titik penamatnya.
Danisha yang pada
mulanya hanya mahu menyampaikan amanat kawannya terjerat bila dia disalah
anggap sebagai bakal penjaga buat sang dua beradik. Saat terpandang si abang
dan si adik, hatinya jatuh kasihan. Sayang datang tanpa dipaksa. Akhirnya dia
memutuskan untuk menjadi ibu angkat pada dua beradik itu.
Kehidupan yang kosong
selama ini menjadi ceria. Dugaan datang bila sang ayah tiba-tiba menuntut hak
penjagaan. Sekiranya Danisha masih ingin bersama mereka, dia diletakkan syarat
dengan harus berkahwin dengan ayah anak angkatnya. G-I-L-A!
Pada masa yang sama,
orang tuanya mengabarkan akan dirinya yang dirisik orang. Itu meletakkan
Danisha dalam dilema. Sayang pada sang anak angkat, atau ikutkan saja aturan
keluarganya. Apa pilihan akhir Danisha?
Apa pun, part kahwin wakil tu buat aku selak
balik buku munakahat hikhikhik.
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan