...dan Cinta Pun
Tersenyum
Nora Ismail
ISBN: 9789675229213
Penerbit: NB Kara
Tarikh Terbit: Disember 2010
Halaman: 630
Harga: RM23.90
~ Rasaku… ~
3.5*
Full review: 10/11/2014
Ini antara penulis
yang buat homework, menulis bukan sesedap hati tapi beliau tahu apa yang harus
ditulisnya. Lebih-lebih lagi bila perlu menyelitkan bahasa tanah seberang.
Tahniah!
Si Most Eligible Bachelor vs si cewek norak plus jutek hahaha.
Membaca gelagat 2 watak ini buat aku tak kering gusi. Ada saja yang tak
kena, belum ditambah dengan salah faham tentang bahasa lagi. Hari-hari bertemu,
pengakhirannya tetap sama. Gaduh dan gaduh. Gamat!
Si jejaka yang sudah terbiasa dengan kemewahan, memandang tiap-tiap
yang di sekelilingnya bagai tidak berharga. Si gadis yang biasa-biasa, pantang
pula diusik, mula berangin satu badan. Tapi manalah tau si jejaka rupanya
bukannya tiada hati. Pertemuan dengan Hizar ada hikmahnya. Dan saat itu,
barulah persepsi kedua-duanya berubah.
Dari benci jadi cinta. Baik Ervan atau Surihani tak dapat mengelak bila
cinta jatuh di hati. Namun, bukan nama manusia kalau tidak diuji. Saat mengira
waktu untuk disatukan, Ervan dan Surihani ditimpa bencana. Akibatnya sangat
perit. Ervan bukan lagi si cowok ganteng, kehilangan
sebelah tangannya melumpuhkan kesemuanya. Perginya Ervan tanpa pesan. Surihani
terkapai-kapai mencari jawapan.
Jadi apa kesudahan lovebird ini? Sila baca
untuk mengetahuinya :D
Ceritanya aku suka.
Cuma di akhir-akhir tu, agak melelahkan juga. Tak suka dengan ‘rajuk’ Ervan tu.
Puas sudah dipujuk, dirayu oleh Surihani tapi… alahai! Rasa mahu cepuk-cepuk je
si Ervan tu. Dan, rasanya Surihani antara heroin yang boleh dipuji. Tak mudah
mengalah dan gigih dalam ‘menyedarkan’ kembali sang teruna idaman.
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan