3 Jantung Hati
Nisyah
ISBN:9789675118500
Penerbit: Jemari Seni
Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Disember 2010
Halaman: 452
Harga: RM19
~ Rasaku… ~
Manis.
Comel.
Kisah yang cukup
sederhana, disampaikan dengan cukup sederhana. Tiada watak yang memeningkan
kepala. Tiada watak tambahan yang menyerabutkan plot cerita. Nisyah dan sentuhannya
-- cukup mudah. Tapi mungkin ini karyanya yang pertama, aku perasan catatannya
tak seindah Abang Gibran ahaksss..
Aku suka dengan naughty si Hang Nadim. Si lelaki yang
menjadi gila-gila, seakan anak muda bila saja menyimpan hasrat untuk menggoda
Nadira. Watak Nadim ternyata digarap dengan penuh baik oleh penulis.
Aku suka kesederhanaan
Nadira. Senang dengan Nadira yang penuh dengan sifat keibuannya, ditambah
dengan skill memasaknya. Tidak mudah
goyah bila saja ada pengganti yang hampir setara dengan arwah suami. Perfect.
Dan, aku suka Ensha
Hani itu. Si keletah yang penuh agenda dramanya. Ada saja taktik dan teknik
untuk melunturkan keegoan si ibu. Penuh muslihat dan si anak yang cukup
mengerti. Ensha Hani ternyata penggerak cerita yang paling comel.
Cuma ternyata
segalanya tak mudah buat pasangan ini. Halangan yang paling besar datangnya
daripada ibu Nadim sendiri. Apa pun, scene
pertunangan-tak-jadi Nadim tu sangat mengujakan. Rasa macam nak jerit ‘boo’ kat
telinga Puan Sri Suhaida tu hahaha.
Jadi, apa kesudahan
sejoli ini? Jangan risau, kesudahan yang manis pastinya. Yalah, kata orang,
kalau dah jodoh tak ke mana. Phewitt...
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan