1, 2, 3... Bintang
di Langit
Bidayatul H.
ISBN: 9789670508573
Penerbit: Jemari Seni
Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Mac 2014
Halaman: 514
Harga: RM21
~ Rasaku… ~
Oh, Teja! Hatimu libang-libu hanya kerana
si abang Tuah. Tapi tau tak, che Rina pun suka tau tengok bintang ;)) Eh! Eh! hahaha
Full review: 26/05/2014
"Ji'a...hidup ni singkat. Membenci orang akan buatkan kita letih. Jiwa kita jadi tak sihat. Dan natijahnya, perasaan kita takkan pernah tenteram." - Kak Manis [pg 336]
Kalau nasihat ni ada di awal-awal, pasti si
Teja kita ni lembut hati sikit ;))
Cerita yang mudah
hadam dan biasa-biasa saja. Betul, tiada konflik jiwa yang menyerabutkan
kepala. Tiada kisah golongan hartawan yang menjodohkan anak-anak untuk kelangsungan
kekayaan masing-masing. Ini cuma kisah;
Ji’a.
Paan.
Isunya pun biasa-biasa
saja -- si kawan yang berperang dengan rasa terlebih suka dan bila rahsia hati
terbongkar, maka hubungan itu berantakan. Klise. Benar, tapi aku suka
penyampaiannya. Alunan bahasa yang santai dan ada campuran dialek Kedah.
Mungkin juga dibantu dengan setting
di kampung. Markah tambahan untuk nilai sentimental yang dibawa oleh penulis.
Dulu-dulu aku pun sangat hero dalam berlumba gerek hahaha
Aku juga suka dengan
nilai kekeluargaan dan persahabatan yang ditonjolkan. Komunikasi itu penting. Jangan
sampai hal kecil jadi isu besar bila kita saling bercakaran tanpa henti. Lebih
parah, kalau hubungan manis antara dua sahabat itu terputus. Hilang kawan, ada
masanya boleh hilang nyawa. Tak gitu, Tun Teja? *wink*
Enche Paan. Mujur ada
tukang sorak di sekelilingnya. Kesemuanya dalam diam membantu abang Tuah
mendekati Tejanya kembali. Aku paling suka watak Kak Long yang senyum senget
dan Noin yang bubbly, tak lupa Makcik
Lijah. Watak tambahan yang paling legend
sekali hikhikhik. Tapi kan Paan, che
Rina ni setakat ok-ok la dengan awak. Disebabkan Teja dah maafkan dan sayang
sangat dengan awak, che Rina pun macam boleh maafkan awak! [Tetiba! Campur
tangan si tukang komen hahaha ;P].
Cuma, aku
tertanya-tanya perihal:-
1. Kak Manis dan Emran.
2. ‘Kedatangan’
mengejut Hardi dan Dahlia.
Alaaa... aku ada terlepas sesuatu kah?
Apa pun aku masih
menyukai rentak berlenggang-kangkung-pulang-dari-bendang ini. Ditambah dengan rangkaian
lagu-lagu M. Nasir yang mendominasi halwa telinga. Waduh! Manis sekali.
Buat penulis, tahniah!
Moga awak terus sukses ya. Kebetulan, saya memang tak pernah berhenti melihat langit.
Dan, permintaan kecil si marhaen ini, moga dilanjutkan kisah abam Aus tu. Eh! Eh! ;P
Ps: Ini review
terakhir che Rina sebelum bercuti panjang. Selamat membaca dan membakor hikhikhik. Jaga diri! Till we meet again. HasbunAllah wa
ni'mal wakil.
Happy reading (^-<)
6 ulasan:
Cik Airina,
Selamat bercuti panjang dan juga bertukar gelaran..
Yeahuuuuuu..:))
yea! saya jumpa buku ini di pasar chowrasta minggu lepas. teringat review akak pasal buku ni...terus grab.
donworibehepi,
Ohh! Akak memang teringin sangat nak pergi Chowrasta tu! Ceciter sikit pengalaman kat sana :D
Selamat membaca ya, dik!
AimieAfifah,
Macehhh kakchik! :D
syurga buku murah...tapi bg seseorang yang mempunyai imaginasi tinggi. Chowrasta is a bit disappointment. hanya ada dua peniaga di tingkat 3 tu... saya bayangkan satu gudang.tp berhabis jugalah untuk beli buku2 yang baru dan lama. ralit memilih. hahaha.
donworibehepi,
Nak cari buku lama la yang senang kan? Waaa...i like. Entah bila leh ke sana :))
Catat Ulasan