Di Sisimu Aku
Fatin Nabila
ISBN: 9789831248126
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: September 2012
Halaman: 608
Harga: RM23
Halaman: 608
Harga: RM23
~ Rasaku… ~
Dari 3.5*, aku genapkan 4* -- hanya kerana
si hero kedua yang 'tertinggal'. Puan penulis, ciptalah kebahagiaan untuk si
hero ni, dalam naskhah terbaru, mungkin? ;))
Full review: 18/03/2014
Aku setuju dengan review Sis Norazah,
cerita ini pada dasarnya biasa-biasa saja. Tapi ada rasa yang tinggal usai
membacanya. Rasa yang dekat di hati, ehem... hahaha :P
Aman & Qeena. Sukarnya menjadi kawan
baik bila masing-masing gagal mengawal rasa. Indahnya perhubungan mereka bukan
hanya atas tiket persahabatan, tapi ada tali-persaudaraan-kasih-sayang yang
menjadikan mereka serasi bersama.
Namun, Aman tak menyangka perhatian yang
diberi pada Zeyra mengganggu-gugat perhubungannya dengan Qeena. Keadaan memaksa,
bukannya Qeena rela tetapi salah seorang daripada mereka harus berkorban.
Memilih antara rasa kasih yang terpendam atau kasih sayang sebuah keluarga.
Mana ya yang lebih penting? *wink*
Masa berlalu tapi rasa tetap tinggal dalam
hati. Kasihan Qeena! Nampaknya batas waktu tidak memungkinkan dia melupakan
Aman. Apatah lagi, kasih sayang dan budi yang dihulurkan oleh keluarga Aman. Cuma,
keadaan masih lagi sama. Menyukarkan mereka berdua untuk bersama. Salah faham,
tidak mahu berterus-terang punca mereka makin jauh. Tapi, benarkah jauh di
mata, dekat di hati? Ha, tu kena baca sendiri.
Padaku watak Qeena cukup sifatnya. Dibantu
pula dengan gaya penceritaan dan olahan yang cukup mencengkam jiwa. Begitu juga
dengan watak Aman dan Zamir, pastinya. Ya, aku juga suka dengan Zamir tu. Puas
dia cuba mengajar Qeena untuk memilih bahagia sendiri, tapi akhirnya dia juga
yang mengundur diri. Oppss... terlebih pula hahaha :P Dan ya, watak Zeyra tu memang
menjadi. Haihh... mujur dalam novel.
Aku lebih suka novel ini daripada SHN. Dan
ya, ada juga pelbagai hujah cinta yang diselitkan. Tapi bila bicara tentang
hati, susahnya nak menilai cinta yang mana harus dipegang atau dilepaskan
pergi.
Apa pun naskhah ni punya petikan menarik
yang boleh dikumpul sebagai quotes. Dan aku kongsikan petikan ayat di bawah.
Moga sampai ‘rasanya’ buat kamu semua. ;))
Andai ada masa lalu yang menghalang, belajarlah melupainya. Semua orang ada masa lalu. Masa yang mungkin bukan untuk kita. - pg 397
Happy reading (^-<)
4 ulasan:
sudah bosan baca novel melayu. Nak rehat baca buku melayu~~
Happy Mind,
Owh! Patutlah dia senyap je. Takpe, baca buku lain dulu..slow & steady sis :D
Macam mana nak beli novel ni ye??saya nak sangat baca novel ni.. Tpi sya xtau nak beli dekat mana sebab sya dduk dekat setapak ni sya pgi semua kedai bku xjmpe novel ni..
Tanpa Nama,
Mungkin kedai buku dah tak jual sebab buku lama ni. Boleh try beli online dengan Alaf 21 atau mphonline.
Catat Ulasan