Cinta Sejati
Azra Aryriesa
ISBN: 9789675234071
Penerbit: Buku Prima - Grup Buku Karangkraf
Halaman: 412
Harga: RM16.90
~ Rasaku… ~
Lama cari novel ni. Tak silap hunting
process sejak tahun 2010 *wink*
Ok, ceritanya mudah. Tapi mula-mula tu
lambat panas sebab setiap bab kita dibawa mengenali ramai watak dan itu buat
aku confused. Dia ni siapa, yang itu siapa dan apa kaitannya? Ha, aku rasa itu
yang buat aku terus bertahan membacanya. Perasaan ingin tahu itu.
Dan kalau baca-berhenti-sambung-baca, tu
kena hati-hati sebab nanti akan timbul perasaan bengang sebab kena baca balik
dari mula sebab tiba-tiba lost dengan semua watak yang ada [aku lah tu :P].
Yang aku suka:-
1. Zarif & Zara. Pasangan suami isteri
yang dikahwinkan atas aturan keluarga, tapi masing-masing duduk berasingan
kerana tiada cinta di hati. Tapi itu bukan alasan untuk menjadi pasangan yang
tak setia. Zarif mahupun Zara, walau diduga dengan pelbagai godaan cinta di
sekeliling mereka masih tahu di mana batasnya.
2. Yashmaan. Wataknya yang ‘ada’ dengan
Zara dah buat aku teka mamat ni nanti akan suka Zara, tapi ya itu semua tak
berlaku. Penulis mencorakkan watak Yashmaan sebagai pencinta yang setia,
walaupun dia loser di awalnya. 7 tahun, tempoh masa untuknya berubah cukup
menunjukkan yang dia benar-benar insaf dan mengaku salah.
3. Ada 2 ceritera cinta [Zarif-Zara &
Yashmaan-Mia] yang berdiri dengan sendirinya tapi saling berkait antara
mereka. Aku suka dengan gaya penulis yang merungkai isinya satu per satu. Dan
untuk memudahkan pembacanya, setiap bab akan ada kisah salah seorang daripada
mereka.
Pada hemat insan serba kerdil ini [Wah!
Exaggerate!], aku suka dengan mesej yang cuba disampaikan -- menghargai. Apa
saja yang diberi pada kita ada sebabnya, kenapa Tuhan aturkan itu sebegitu. Didik
hati untuk redha, hargai yang ada di depan mata. Suka atau tidak, hadap saja.
Itu yang mudahnya.
Cuma mungkin ada kesilapan teknikal. Ada
part “5 tahun berlalu”, rasanya itu sepatutnya diletakkan di bab akhir bukan di
bab perkahwinan Yashmaan-Mia. Confused weiii..hahaha :P
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan