Fatin Nabila
ISBN: 9789831246
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama 2011
Halaman: 473
Harga: RM19.90
Halaman: 473
Harga: RM19.90
~ Rasaku… ~
Aku baca kerana penangan drama adaptasi di TV3. Bila menyelak setiap helaian, aku simpulkan dramanya memang terlebih gula. Agak berbeza dengan plot sebenar yang dikarang oleh penulis.
Bertuahnya menjadi Ersalina Imani [Ersalina]. Anak gadis yang disayangi ramai dan punya keluarga yang benar-benar menyokong jatuh bangunnya. Memaafkan dan tidak membiarkan dia hanyut terus dengan kesilapan yang dilakukan. Bila dia bakal dijodohkan dengan Zain Hakimi [Zain], Ersalina memang tak ubah seperti anak yang solehah. Mudah saja menerima saranan ibunya walaupun dalam keadaan terpaksa. Dan saat menjadi isteri Zain, kelembutan dan kesabarannya melayani suaminya itu menyebabkan kita mudah saja jatuh kasihan padanya.
Zain pula termasuk dalam hero yang aku tak suka kih5 Wataknya goyah. Ya, dia lelaki romantik tetapi aku tercari-cari di mana saatnya dia kembali berserah kepada pencipta-Nya. Misalnya ketika tahu isterinya keguguran. Memang bukan mudah untuknya sedangkan ketika itu hati sudah sarat menjunjung rasa cinta buat sang isteri. Zain hanya ‘sedar’ di hujung-hujung konfliknya. Aduhai! Sedikit kesal kerana bila dah susah baru mahu mencari sejadah. Mungkin kalau penamatnya dipanjangkan lagi atau ada ruang untuk Zain membaiki dirinya, aku pun akan berbesar hati untuk ‘menyukainya’ [amboi! ;P].
Aku faham peluang harus diberi kepada yang mahu berubah. Membimbing dan menyokongnya ke jalan yang benar. Begitu juga dengan adab menjaga aib orang lain. Jangan diungkit-ungkit. But minus all these, aku amat mengharapkan ada ruang untuk Iqram kembali menyatakan kekesalan dan kesilapannya [seperti yang dalam drama]. Sekaligus mengingatkan aku akan keberanian Zakuan mengakui kesilapan di hadapan keluarga Lara. Eh! Aku puji Zakuan pula kih5
Wah! Aku tak cerita langsung tentang isi ceritanya. Bukan apa, rasanya semua orang sudah tahu pun ;P Tetapi ya mungkin tak perasan yang watak Iqram dan Hadi dalam novel tidak dibesar-besarkan dalam novel. Keseluruhan cerita ini hanya menjurus kepada Ersalina dan Zain. Jadi, jangan susah hati ya [khas buat makcik-makcikku *wink*].
Dan ketika sedang sibuk mengulit novel ini, baru aku tahu yang Fatin Nabila dan Nur Hazma itu penulis yang sama. Aduh! Lambat sedar sungguh aku rupanya sedangkan aku sudah lama mencari novelnya yang bertajuk Bukan Terlarang. Ha, ada sesiapa nak jual novel ini padaku? *wink*
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan