Rizai Reeani
ISBN: 002
Penerbit: e-Sentral
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 16 Bab
Harga: -
~ Rasaku… ~
Sebenarnya ini kisah anak muda yang bergelar pelajar universiti. Ya, cerita klise yang senantiasa ada zaman-berzaman. Tetapi aku sukakannya. Mungkin kerana gaya bahasanya yang tersusun indah dengan typo yang minima hikhikhik
Fadiya dan Lukman berkawan rapat, bagai isi dan kuku. Sayangnya saat Fadiya meluahkan rasa hati, Lukman menjauhkan diri. Bagai ada yang tak kena, Lukman terus membisu. Tiada kata putus yang pasti. Sekejap mesra tapi kemudiannya dingin. Apakah salah untuknya jatuh cinta pada kawan baiknya sendiri?
Kehadiran Izhar; teman baik Lukman agak menyesakkan. Sikap Izhar yang tak segan silu menunjukkan perasaannya buat Fadiya tak senang duduk. Si Lukman yang kononnya teman sejati pula makin mendorong Izhar ke arahnya. Oh! Kasihan Fadiya.
Namun dalam pada itu ada sesuatu yang Fadiya tak tahu. Perasaan sebenar Lukman kepadanya. Dan juga rahsia yang Lukman sudah ada Sharmila. Amboi, diam-diam berisi Lukman ya! Ha... apa kesudahan tiga sekawan ini? Sila download dan baca.
Aku lebih suka kisah EBDI berbanding yang ini kerana pastinya ada twist yang menarik di hujung kisah itu dan kalau dijadikan e-book aku lah yang paling suka. Yay!
RBB ni pula seperti aku kata tadi, ceritanya klise. Disampaikan dan diakhiri dengan mudah juga. Malah kehadiran Sharmila pun hanya sebagai penyeri, kalau tiada pun tak mengapa rasanya. Tapi ini pandanganku, tak akan serupa dengan kamu.
Ps: Riri, kalau menang hadiah kena belanja tau! *wink* ;))
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan