Damya Hanna
ISBN: 9831241622
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Cetakan 11 - 2009
Halaman: 496
Harga: RM18
Halaman: 496
Harga: RM18
~ Rasaku… ~
3.5*
Kalau ikutkan, aku dah baca kisah ini dulu.
*wink*
Haziqah. Mulanya dia rapuh, tapi
semangatnya bisa diraih semula. Ya, walaupun difitnah, pelamin angannya musnah
[serius, aku memang ingat lagu ni masa mula baca hahaha], ibu seakan-akan
membuangnya, malah sang suami yang baru menikahinya pergi begitu saja...
Haziqah boleh melaluinya. Abaikan tangis hibanya, adatlah tu tapi dia masih
teguh berdiri. Bukan calang-calang ok. Cuma akhir-akhir cerita, egonya boleh
tahan sama dengan sang suami.
Dan aku tahu, hati ibunya; Aminah tu. Bukan
dia sengaja berlaku kejam pada Haziqah. Tapi kerana dia seorang ibu, dia mahu
yang terbaik untuk anaknya walau mungkin terpaksa membuang anaknya. Yup...
tegarnya hati seorang ibu huhuhu *tetiba ingat mak*
Fakrul. Walau mulanya aku mual dengan sikap
lelaki ini, tapi kemudiannya aku simpati pula. Itulah, dah ada depan mata tak
dihargai. Kan elok bawa berbincang, ini main selamba tuduh tanpa usul periksa.
Cemburunya ya ampun! Ha, nasib tak merana badan.
Yusri. Mudahnya lelaki, meletakkan hukum
tanpa diselidik. Goyah sungguh cintanya, dan bila sedar kembali memang wajar
dia ditolak tepi. Azura tu macam biasalah, watak perempuan antagonis dalam
novel Melayu. Tapi rasanya jahat lagi si Melati tu. Memang luar biasa dendamnya
pada Haziqah. Part Siti Sakinah, buat aku teringat kisah Zahlia-ibunya dalam
Bicara Hati. Ada persamaan sikit.
Isi ceritanya mudah sebenarnya tapi jalan
Haziqah tak mudah. Namun janji Allah itu pasti, bahagia itu ada buat insan yang
tak pernah mengalah.
Penulis prolifik Alaf 21, sentuhannya tak
perlu dipersoalkan. Bagaimana beliau memancing rasa ingin tahu hinggakan aku
setia menghadap novel ini dalam masa sehari.
Dan ya, aku masih lagi sedang cuba
melengkapkan koleksi peribadiku. Sesiapa nak jual novel-novel DH, boleh contact
aku *iklan* hahaha :P
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan