Aina Emir
ISBN: 978967114800
Penerbit: e-Sentral
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: -
Harga: -
Halaman: -
Harga: -
~ Rasaku… ~
Lama tak baca karya penulis senior ni. Dan
bila meneliti ruangan di GR, banyak bukunya yang aku tak update. Confirmed,
lepas ni kena ulang baca karyanya.
Yang aku suka:-
1. Ini bukan kisah cinta. Tidak. Secara
ringkas, ini kisah anak-anak yang dianggap ‘the invisible kids’. Ok, kalau
kisah anak-anak comel yang dibuang sebegini, aku memang mudah rasa kasihan.
2. Dhameera [Meera] -- watak utama yang biasa-biasa.
Tapi kerjanya bukan yang biasa-biasa, dia pekerja sukarela, membantu
kanak-kanak yang terabai.
3. Gaya bahasa dan alur ceritanya mudah dan
ringkas. Tak akan pening kepala dengan konflik berebut cinta lelaki atau
khianat teman baik. Fokusnya hanya pada Meera dan ‘buah hatinya’ saja.
Dan ya, ada sebab kenapa Meera memilih
menjadi ahli sukarela. Nak tahu kenapa? Sila-sila baca sendiri.
Kemunculan Mak Datin dan Zamil tu
sebenarnya buat aku rasa teruja. Tapiiii... kenapa ada titik tergantung [?].
Adoiii.. penamatnya itu dibiarkan sebegitu buat aku rasa tak puas hati *wink*
Dan masalah e-sentral yang selalu hang tu
buat aku naik angin nak baca. Haihh...
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan