Lya Zara
ISBN: 9789670448343
Penerbit: Penerbitan
Kaki Novel Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Julai 2013
Halaman: 426
Harga: RM19
~ Rasaku… ~
Ikutkan kisah ini biasa-biasa saja. Tapi
masih rasa seronok membacanya kerana ia kisah cinta biasa yang tak memerlukan
resepi kahwin paksa di dalamnya.
Amani gadis biasa. Terlalu biasa dan agak
kekampungan. Fizikalnya yang kecil molek tetapi agak selekeh itu menyebabkan
Zafran sakit mata. Dia perlukan setiausaha yang cun dan pandai bergaya. Bukan
seperti Amani yang hari-harinya berbaju kurung dengan kasut sampan. Hailoh! Tak
staylo langsung!
Dalam memastikan ‘pemandangan’ cantik dan indah,
Zafran sanggup memberi pelbagai elaun untuk Amani. Elaun pakaian + make up.
Amani perlu di-make-over sampai cantik. First time seingat aku ada bos yang
sebegini. Kelakar walau rasa tak logik sangat hahaha
Bila dah sedap mata memandang, hati mulalah
tercuit. Daripada segarang-garang singa jantan, Zafran bertukar menjadi kucing
manja terlebih nakal! Amboi! Bukan main lagi pakcik seorang tu. Namun
sebenarnya hati dah lama terpaut pada gaya Amani. Gadis naif dan lurus lembut
itu punya aura yang cukup kuat. Dia boleh hanyut dengan hanya menatap senyuman
manis Amani.
Impian menyunting Amani sebagai isteri tercapai.
Si gadis pujaan sudah ada dalam genggaman. Tapi kepulangan Natrah; bekas
kekasihnya membuat hati Zafran gundah. Natrah pulang dengan si kecil Emir
Luqman. Keletah Emir Luqman mengusik hatinya. Antara kasih dan kasihan, Zafran
dalam dilema. Mampukah Amani mengecap bahagia bila Zafran sudah berjanji pada
Natrah? Sila dapatkan novel ini untuk kisah selanjutnya :D
Quite refreshing sebab penulis cuba mencipta
suasana baru untuk membezakan cerita ini dengan lambakan kisah cinta yang lain.
Cubaan yang berjaya sebab aku enjoy menikmatinya. Moga terus diberi idea yang
melimpah ruah dalam karya akan datang. Selamat menulis!
Happy reading (^-<)
4 ulasan:
Terima kasih atas ulasan ini.terima kasih sudi dapatkan karya pertama sy!♥
:: Lya Zara ::,
Terima kasih puan penulis kerana sudi singgah :D
Moga terus berkarya!
Assalamualaikum...
Saya baru menghabiskan novel ni malam tadi.
Salah satu sebab saya tertarik untuk membeli novel ni adalah kerana ulasan yang menarik tentang buku tersebut.
Jujurnya, saya tidak terhenti ketawa sendirian. Saya sependapat dengan reviu yang awak berikan tentang novel ini.
Saya harap awak dapat mengulas lebih banyak novel selepas ini.
Buat penulis, Lya Zara... Saya doakan semoga dapat menghasilkan karya-karya yang lebih bermutu selepas ini.
Waalaikumsalam Cahaya Nuralyn,
Alhamdulillah, sama pula pendapat kita kan?
InsyaAllah selagi berdaya memang saya akan terus mengulas, berkongsi rasa dengan semua :))
Catat Ulasan