Que Sera Sera
ISBN: 9789671192559
Penerbit: Idea
Kreatif Publication
Tarikh Terbit: September 2013
Halaman: 566
Harga: RM23
~ Rasaku… ~
Ideanya fresh. Quite entertaining. Tapi... aku
rasa kosong. Maaf!
**review panjang? Nanti-nanti haha
**review panjang? Nanti-nanti haha
Full review: 07/10/2013
Memikirkan genre dark
fantasy romance, hati sudah melompat-lompat gembira. Ya, kita jarang ada genre
sebegini. Balik-balik kisah kahwin paksa, kahwin paksa... dan kahwin paksa
*wink*
Rihanna dan Ayuna. Dua
beradik kembar yang supernatural. Kedua-duanya lahir daripada penyatuan kaum
Nian dan Demon. Seorang tercampak ke dunia manusia, yang seorang lagi dijaga
rapi oleh kaum Shaman. Bila Rihanna hilang dan berubah menjadi Demon
keseluruhannya, watak Ayuna mengambil tempat. Bunyinya menarik kan?
Ya, aku tak nafikan.
Namun seiring pembacaan, graf kegembiraan aku jatuh sikit demi sikit. Mungkin
faktornya adalah aku sendiri. Ya, aku kolot. Tapi itulah aku. Ada beberapa
perkara yang aku rasa ianya diceritakan terlalu bebas dan kelihatan “tak ada
apa-apa pun, ianya perkara biasa.”
Apa pun ya, aku masih
enjoy membaca. Mungkin kerana karyanya yang unik walaupun ada pelbagai watak
yang dilontarkan. Pembaca tak akan mudah keliru, sebaliknya akan rasa mahu
lebih dan lebih lagi. Hingga mungkin tak sedar sudah hampir ke penamatnya.
Aku suka Ryuu dan
Darius. Ryuu sang Nian yang gayanya seperti guardian angel. I’m melting! Darius
si panglima Demon bermata tajam menikam. Setara aura kedua-duanya. Wah! Terasa
aku mahu kedua-duanya sebagai kekasih gelap hikhikhik
Dan aku suka pace
ceritanya. Laju. Tidak terlalu meleret dengan perkara yang tidak-tidak. Agak
padat dengan kisah permainan Nian-Demon-Shaman-dunia bawah tanah. Menarik. Cuma
aku kira ia masih boleh diperkemaskan. Pertarungan antara mereka misalnya, aku
mahu aksi yang lebih hebat dan mendebarkan. Yang bisa buat jantung kau berlari
kencang tanpa henti.
Akhirnya aku suka
keserasian antara Rihanna-Ayuna. Begitu juga dengan pasangan Rihanna-Darius dan
Ayuna-Shaqir. Titik keserasian yang tidak dibuat-buat. Aku jadi selesa. Tidak
seperti Rihanna yang dipasangkan sebentar dengan Addi, ia nampak agak kekok.
Tak begitu masuk dengan jiwa aku. Apa lagi dengan sebab mengapa mereka perlu
dikahwinkan. Betul kata Dyh, perasaan teruja aku sebenarnya malap ketika adegan
ini.
Ia genre yang agak
serius sebenarnya tapi penulis menjadikan ianya ringan dengan menyelitkan
unsur-unsur komedi dalam perbualan dan gaya bahasanya. Mungkin kerana
sasarannya adalah golongan muda-mudi. Jadi rentaknya perlu kelihatan begitu dan
aku tiada masalah nak menghadamnya.
Walau apa pun, tahniah
atas kelahiran novel sulung ini. Mungkin untuk karya akan datang, boleh
dipertimbangkan untuk menyelitkan info dan ilmu. Berhibur tak salah. Tapi lebih
indah kan kalau karya kita punya isi untuk dimanfaatkan? Selamat menulis!
Oh, ya! Rasa dan tahap
penerimaan kita semua berbeza-beza. Baca dulu. Kemudian buatlah penilaian anda
sendiri. Jangan terpengaruh dengan rating yang diberi. Sebab tak semua suka
makan belacan, ya tak? Eh! Hahaha :D
Happy reading (^-<)
4 ulasan:
Why dont you read contengan jalanan hlovate?
Tanpa Nama,
Erk? I already read that book :D
sangat teringin nak baca buku ni lepas baca on9 kt blog penulisnya...believe it or not~sy dah hampir habiskan semua karya kat blog itu. Que Sera Sera punya idea~pendekatan baru yang fresh.
'kosong' ~ mungkin sebab 'kurang' nilai keagamaan. seni menulis boleh berbagai2.
Happy Mind,
Benar penulis banyak idea yang fresh. Saya tak nafikan.. dan saya tak menolak cerita ini 100%.
Sebab itu saya minta anda semua membaca & kemudiannya menilai sendiri.
Citarasa kita tak sama dan selera saya yang agak tua ini mungkin tak kena dengan anak muda sekarang :))
Catat Ulasan