Anis Ayuni
ISBN: 9831241878
Penerbit: Alaf 21 -
Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: 2005
Halaman: 584
Harga: RM18
~ Rasaku… ~
Buku lama yang
dijumpai semula dan diulang baca. Kebetulan di GR, buku ini tiada lagi dalam
rak ‘Read’. Ha, memang elok sangatlah tu :D
Duka yang ditanggung
Raihana masih parah. Entah kan bila akan susutnya. Pemergian Abang Wan; tunang
tersayang meragut kesemua hatinya. Hingga dia menolak sesiapa saja yang hadir
dalam hidupnya. Namun, jejaka serabai yang seorang itu tidak pernah peduli.
Sufian tegar ditolak berulang kali, tapi hajat nak menyunting Raihana tak akan
dilupakan.
Raihana Vs Sufian.
Pasangan ini berkahwin kerana suatu kejadian. Haihh... memang si Sufian tu
patut kena luku laju-laju. Ada ke buat plan yang entah apa-apa tu? Hailoh...
tapi apakan daya, by hook or by crook Sufian tetap mahukan Raihana sebagai
isteri. Tak mahu dah yang lain. Titik.
Perkahwinan mereka tak
seperti pasangan lain. Raihana sering saja mengelak biar pun Sufian tak
habis-habis dengan strategi memikatnya. Satu per satu adegan memikat yang buat
aku tersenyum. Gigih sungguh Sufian!
Dalam menolak, hati
Raihana terusik. Apa lagi yang memuja adalah lelaki yang halal buatnya. Namun saat hati mahu berkata
ya, Sufian berkahwin lagi? Jeng jeng jeng... Raihana oh Raihana! Cepat benar
berprasangka. Ha, jadi apa kesudahan pasangan tak sejoli ini? *wink*
Walaupun ini buku
lama, feel tu masih ada. Rerama masih sudi berterbangan, membuat aku
terbuai-buai dengan kisah cinta romantik ini. Barangkali kerana bahasa
puitisnya. Penulis senior seperti Anis Ayuni memang tak perlu disangkal lagi
akan kehebatan gaya bahasa dan teknik penceritaannya. Sungguh menusuk kalbu.
Dan ya, kerjaya
Raihana sebagai cikgu tu pernah buat aku memasang cita-cita mahu bergelar guru.
Dulu lah... hihihi :P
Ps: Tiada gambar buku sebab lupa nak snap hari tu hahaha
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
dah ada drama adaptasi dari novel ni kan?
Mar Mansor,
Dah..ditayangkan di slot TV3 :D
Catat Ulasan