Nureen Mirza
ISBN: 9789831248270
Penerbit: Alaf 21 -
Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Cetakan 4 - 2013
Halaman: 523
Harga: RM21
~ Rasaku… ~
3.5*
Sebenarnya aku suka
dengan cover. Comel! Dan tetiba rasa macam lapar pula hahaha
Full review: 22/10/2013
Mengisahkan tentang
perkahwinan sembunyi-sembunyi oleh si Ainin Sofiya [Ainin] dan anak majikannya;
Ahmad Ziyad [Ziyad]. Itu semua berlaku kerana Ziyad mahu menawarkan bantuan
kewangan pada Ainin tetapi si Ainin ni pula tak mahu. Dia tak nak berhutang
wang ringgit dengan Ziyad. Tak elok. Takut pula nanti tak mampu dibayar,
tergadai body *wink*
Namun atas desakan
hidup, mengenangkan dirinya yang bersusah-payah menyara keluarga setelah
kematian suaminya, Ainin terpaksa juga menerima lamaran Ziyad. Itu pun ada
syaratnya. Ainin harus merahsiakan perkahwinan mereka daripada pengetahuan keluarga dan teman wanita Ziyad. Malah, Ainin juga tidak
dibenarkan hamil.
Memang time baca plot
lepas kahwin tu, ringan je tangan nak sepak laju-laju si Ziyad tu. Selfish
teramat sangat. Cemburu pun bukan main. Dah tahu si isteri tu comel macam anak
patung disuruh berlakon bagai. Haihh..kasihan Ainin. Sabar sungguh menjadi
isteri lelaki tak sedar diri seperti Ziyad.
Namun sampai bila
boleh disorok? Lagi-lagi bila Ainin disahkan mengandungkan anak Ziyad. Mana
mahu diletak kandungan Ainin itu? Salah faham makin menghimpit. Ziyad pula
makin membisu. Ke mana arah tuju hubungan mereka berdua? Ha.. baca-baca.
Sila-sila.
Tajuknya tu ada kaitan
dengan makanan kegemaran Ziyad. Asam pedas masakan Ainin. Tu yang buat Ziyad
gila bayang hahaha Satu keluarga Ziyad sukakan air tangan Ainin tu. Malah aku
sendiri tak sangka mudahnya keluarga Ziyad terima Ainin tu... ha tu lah Ziyad
rahsia-rahsia sangat!
Secara peribadi, ini
cerita comel yang ada ending yang manis. Ada part yang pedas-pedas, ya lah dah
lauknya asam pedas tak kan la semuanya manis saja! hihihi.. Lagipun, penulisnya
adalah antara penulis senior yang sudah arif dalam menata lenggok bahasanya.
Jadi, mudah saja aku hanyut. Dan ya, sebagai penulis senior, beliau tahu apa
yang perlu dan tak perlu dalam novelnya.
Happy reading (^-<)
3 ulasan:
Besh sangat2 cerita ni.. mmg pakat besar penulis ni.
Mna maw dpat kn novel noe
Meery Haniy,
Hee.. penulis lama ni. Memang best :D
Zul Shima,
Beli online di Alaf21 pun boleh.
Catat Ulasan