Norisah A. Bakar
ISBN: 9789670201795
Penerbit: JS Adiwarna
Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 508
Harga: RM24
~ Rasaku… ~
Lama tak baca karya
kakak nun jauh di seberang. Kiranya ini karya pengubat rindu la ;))
IJMM disampaikan
dengan cukup mudah. Tak akan buat kita pening kepala dengan konflik yang
hebat-hebat. Cuma ada satu saja. Tapi itu dah cukup untuk mewarnai perjalanan
novel ini. Lengkap lah dengan pelbagai rasa – masam masam manis. Hidup tak
semuanya indah saja kan? Hujan perlu turun kalau mahu bersua pelangi. Tak gitu?
Kisahnya tentang
Nasuha. Nasuha gadis manis yang belum berkahwin. Membuatkan dia sering saja
diasak dengan persoalan yang sama terutamanya bila adiknya, Muna mengikat
pertunangan dengan Aziz. Ibu ayah sudah susah hati, tak mahu nanti adiknya pula
langkah bendul. Jadi harus bagaimana mencari jodoh buat anak sulungnya?
Lalu pertemuan demi
pertemuan diatur. Akhirnya dia melekat dengan Jamil. Lelaki yang tak banyak
kata itu buat dia senang. Tapi Jamil ada banyak ragamnya dan saat lelaki itu
mahu mengundur diri, Nasuha tekad dengan pendiriannya. Jamil harus menjadi
suaminya. Titik.
Dan sejak itu rentak
cerita mula berubah. Bagaimana Nasuha dengan sabar memahami gaya Jamil yang
bermacam-macam. Tak perlu baju kahwin, tiada bulan madu dan pelbagai lagi. Ada
masanya Nasuha penat juga tapi sengaja hati dicekalkan.
Bila mereka sudah
berumah tangga lain pula cabarannya. Bagaimana dua insan yang berkahwin tanpa
cinta memilih untuk bahagia. Bukan mudah tapi ianya tidak mustahil. Seronok
membaca gelagat dua pasangan ini. Ada saja yang mencuit hati, tak kurang juga
kasihan pada Nasuha di saat dia bagaikan dihalau keluar dari rumah keluarganya.
Oh! Kasihan Nasuha. Tapi dia anak dan kakak yang cukup memahami. Sedar diri.
Dan itu buat aku makin melekat dengan Nasuha.
Apa pun, sebenarnya
cerita ini menjadi lebih menarik dengan kehadiran si selamba Jamil. Dia ada
aura yang bukan calang-calang. Ada cara tersendiri dalam mengemudi bahtera
rumah tangganya. Walau ada masanya aku rasa nak luku laju-laju bila saja dia
berlagak tenang dan selamba, tapi itu lah yang selalu menyelamatkannya. Inche’
Jamil yang misterius.
Aku senang dengan isi
ceritanya. Kisah kehidupan kita sehari-hari. Realiti yang mudah nak difahami. Yang
penting, tiada ayat jiwang terlebih gula batu. Tiada masalah dalam gaya bahasa
dan penceritaan juga kerana penulisnya di kalangan penulis-penulis otai. Cuma
kali ini aku terasa ada sedikit pengaruh kaksu, mungkin. Oppss! Jangan terasa
ya che’ puan, ini hanya pandangan peribadi.
Apa pun saya tetap
menyukai kisah ni kerana ceritanya yang santai dan memikat. Tahniah kaknor.
Moga makin terus rajin menulis di masa-masa akan datang. Sayang akak
ketat-ketat. Mmmuahh~~
3 ulasan:
cepatnya adik kakchik ni membaca & menulis...:)
mana nak cari buku ni yer?
AimieAfifah,
Bolehlah kakchik, selagi penyakit M tu tak datang menyerang hikhikhik ;P
cik ayu,
Beli online je daripada website JS Adiwarna. Mudah dan senang ;D
Catat Ulasan