Noraz Ikha
ISBN: -
Penerbit: Self
Publishing – NI Publication
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 62
Harga: RM10
~ Rasaku… ~
Kelakar. Nanti-nanti
la aku tulis review ;P
Full review: 27/08/2013
Baca kisah ni buat aku tersenyum. Kelakar.
Tapi bukanlah gelak terbahak-bahak. Cuma mampu juga lah buat aku tersengih
dengan gelagat hero dan heroin yang ada masanya perangai tiga suku.
Premisnya mudah. Tak payah nak tahan geram
dengan watak jahat pun. Takde langsung konflik panjang bersulam dendam. Jadi,
senang nak habiskan mini novella ini dalam masa beberapa jam. Tapi yang paling
penting pengeditan yang hampir sempurna. Novel yang sedia ada pun ada banyak
typo, ini pula yang diterbitkan sendiri. Tahniah!
Kisah si Ilham Helmi yang terpaut pada Siti
Edora pada pandangan pertama. Tapi nak pikat si gadis manis yang garang ini
punyalah susah. Sampai kena buat pakatan komplot dengan bakal mak mertua. Comel
gila.
Siti Edora ni pula menyampah dengan gaya
Ilham yang tak habis-habis dengan Siti Nurhaliza. Sampai kereta pun penuh
dengan gambar artis pujaan tu. Naik cemuih Siti Edora melihatnya.
Jadi bagaimana dengan hubungan mereka? Apa bisakah
Ilham menawan hati keras Siti Edora? Sila-sila. Dapatkan naskhah ini dengan
percuma terus daripada penulisnya sendiri.
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan