Dekat PadaMu
Sarnia Yahya
ISBN: 9789671174104
Penerbit: Lovenovel
Publication
Tarikh Terbit: Februari 2013
Halaman: 534
Harga: RM22
~ Rasaku… ~
2.5*
Review? Lepas raya la...sekarang mood cuti raya hikhikhik ;P
Full review: 19/08/2013
Syafiqa umpama sebatang kara walaupun dia
sebenarnya mempunyai kembar; Syafiq. Tetapi dek kerana Syafiq kini ditahan di
pusat sehenti akibat daripada ketagihan dadah, Syafiqa kelihatannya
bersendirian. Mujur ada Ashila dan Iskandar. Dua beradik yang menjadi tempat
Syafiqa menumpang kasih.
Namun persahabatan dengan Ashila ada
pasang-surutnya. Terutamanya bila saja Ashila bertindak membelakangkan
keluarganya di saat dia ditunangkan dengan Rayyan. Syafiqa yang pernah
bekerjasama dengan Rayyan berasa Ashila bodoh kerana tak pernah beri peluang
untuk mengenali Rayyan dengan lebih dekat. Sebaliknya dia sibuk mengejar Jay
yang kaki kikis. Aduh! Cinta membutakan Ashila.
Rasa kasihan yang timbul akhirnya membawa
kepada perasaan lain. Seboleh mungkin Syafiqa mengelak, tetapi lelaki sebaik
Rayyan juga yang bisa mencairkannya. Namun pada masa yang sama abang Iskandar
tak pernah melepaskannya. Dalam diam rupanya duda terhangat itu menyimpan rasa.
Jadi siapa pilihan Syafiqa?
Episod kematian dalam kehidupan Syafiqa
yang berturut-turut mengundang simpati. Bermula dengan kemalangan Ashila,
kemudiannya Rayyan dan akhirnya Syafiq. Kasihan sungguh. Tapi semangat Syafiqa
cukup membara. Walau patah, berderai seribu..hatinya masih mahu bangkit. Mujur
juga ada Iskandar di sisi. Menemani saat-saat duka Syafiqa. Tapi sayangnya,
Syafiqa masih beku. Cinta yang dihulur masih belum disambut. Apa bisakah
Iskandar menjadi penunggu setia?
Aku sedikit teragak-agak bila nak diberikan
rating. Bukan apa, terasa ‘kehilangan’ Sarnia Yahya dalam novel ini. Mungkin
tak berapa kena dengan jiwa. Hingga ada beberapa halaman yang aku baca
laju-laju kerana bosan. Tapi jika anda peminat penulis, jangan risau. Karyanya
ini masih tak menghampakan ;))
Gaya bahasa tak perlu dipersoalkan. Penulis
otai ni, jadi tak banyak masalah. Jalan ceritanya pun mudah cuma kisah hidup
heroin tu je yang berliku. Banyak sangat adegan kematian dan kehilangan. Aduh!
Dan mungkin kerana itu aku rasa agak letih nak baca hahaha
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan