Noraz Ikha
ISBN: -
Penerbit: Self
Publishing – NI Publication
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 22
Harga: -
~ Rasaku… ~
2.5*
Comel! Review lepas raya hahaha ;P
Full review: 19/08/2013
Cerita ni comel. Kisah cinta pendek yang
comel. Disampaikan dengan cukup bersahaja. Mudah difahami dan dihadam. Tiada
pula konflik yang memeningkan kepala. Memang bagus dijadikan peneman penghilang
stress.
Walaupun kisahnya agak klise, tapi aku
suka. Yalah, kisah sepasang teman baik yang terlanjur suka tapi tak perasan
akan kehadiran cinta dalam hati masing-masing. Mujur sang teruna cepat tangkap
apa yang sudah melanda perasaannya, kalau nak harapkan si gadis. Alamatnya
sampai ke sudah lah hubungan mereka tak ke mana.
Mana taknya, si Leena yang blur memanjang.
Siap bagi idea kepada Taufiq bagaimana nak mengurat anak gadis. Tapi dalam pada
itu terselit juga di hati, alangkah bagusnya kalau ada yang berbuat begitu
juga. Tapi... Taufiq suka orang lain. Habis tu, bagaimana dengan Leena?
Aku suka ending walau agak ringkas. Tapi
nak buat macam mana, kisah ini juga ringkas saja. Memang cukup elok la untuk
penamat kisah cinta tak perasan sebegini.
Sesiapa yang mahu layan kisah cinta pendek
ni boleh dapatkan terus di blog penulis. Cepat-cepat selagi masih ada ;))
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan