Bukan Kerana Aku Tak Cinta
E-man Sufi
ISBN: 9789670246451
Tarikh Terbit: April 2013
Halaman: 627
Harga: RM24
Halaman: 627
Harga: RM24
~ Rasaku… ~
Sebenarya 3.5* tapi macam biasa aku kan kurang baik hati kalau part rating gini hahaha.. Review nanti-nanti *wink*
Full review: 26/06/2013
Mula-mula nak bagi kredit untuk kulit novel yang cun. Perghh... mysterious sungguh!
Keduanya nak puji penulis kerana mengangkat sang lelaki gelap menjadi hero novel. Bravo. Tak ramai mahu cuba kan? Dan seingat aku, hero jahat yang pernah aku jumpa adalah Izz Karami. Jahat padaku bukannya macam si papa Ehsan [eh! Menyelit juga nama dia hikhikhik ;P]. Definisi jahat aku lebih worst daripada itu.
Cuma ya... bila sudah mengenali sisi hitam Jebat, aku mengharapkan sesuatu yang luar biasa. Bukan setakat kisah cinta romantik. Aku ternanti-nanti saatnya nafasku terhenti seketika..tercari-cari momen mana yang bisa buat jantungku berdegup kencang. Mungkin expectation aku terlalu tinggi dan akhirnya aku sedikit kecewa.
Aku mahu ada sedikit elemen thriller yang akan menjadikan plot cerita lebih memorable kerana kita sudah ada si taiko. Jadi manipulasikanlah si taiko itu. Oh! Aku lupa, mungkin kerana ini cerita taiko yang dah kembali ke pangkal jalan. Hmm... baiklah aku terima.
Kisahnya mudah. Sang gadis terpaut pada sang teruna idaman dan sanggup melakukan apa saja supaya teruna membalas cintanya. Mastura-Jebat; ada keserasian dalam watak-watak ini. Si Mastura yang manja dan mengada-ngada. Si Jebat yang kasar dan tak mudah tergoda. Sememangnya penulis berjaya melakar dua watak ini dengan cukup cemerlang.
Naratifnya kemas dan tersusun, memudahkan kita yang membaca untuk menghayatinya. Di samping gaya bahasa yang cukup santai. Memang mampu memikat para pembaca di luar sana. Dan terima kasih lah kerana mengekalkan ‘aku’ sebagai pengantara Jebat dan Mastura. Sebab aku dah hampir muak dengan segala bentuk pet-names dalam novel Melayu.
Aku ada kekeliruan sedikit. Tak pasti sama ada aku atau penulis yang terlepas pandang. Di awal-awal, ada tercatat yang parut Jebat dari kening ke mata kiri. Kemudian di halaman mana entah [aku tak ingat], parutnya dari kening ke mata kanan. Eh!
Apa pun, aku setuju dengan Hajar. Makcik Sari memang legend. Antara watak sokongan yang cukup menyerlah. Belum pernah baca novel sebelumnya, tapi aku berani jamin dengan adanya Makcik Sari, suasananya lebih meriah *wink*
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan