Syahirah Ibrahim
ISBN: 9789670342986
Penerbit: Buku Prima - Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Januari 2013
Halaman: 512
Harga: RM19.90
~ Rasaku… ~
Salah satu ‘kerja’ aku adalah menapis bahan bacaan adindaku seorang itu. Dan ini adalah antara bahan bacaan yang aku perlu tapis hahaha
Mulanya agak terkejut juga sebab bila dah tengah cerita, la... kisah orang berumah tangga pula dah. Mujur kisahnya tidak berlemak krim terlebih gula. Lega!
Kisahnya tentang Amnani yang memendam rasa pada abang angkatnya sendiri; Hakimi. Dan cintanya terbalas saat Hakimi melamarnya sebagai isteri. Namun sayang itu semua hanya propaganda Hakimi yang tak mahu harta keluarganya jatuh kepada Amnani. Luka dikhianati bagaikan berganda-ganda sakitnya bila dirinya diusir keluar daripada keluarga tempatnya menumpang kasih.
Saat mencari sinar baru, dia bertemu kembali dengan Zhafri. Lelaki ego itu berbesar hati mahu membantu tetapi ada syaratnya. Amnani harus menjadi isterinya. Dalam keadaan yang tersepit, dia bersetuju. Namun tak siapa tahu Zhafri sebenarnya punya agenda lain. Egonya yang tinggi sudah tercalar sejak pertama kali bertemu Amnani. Haihh... ada juga lelaki begini ya? Memperjudikan masa depan dengan perkahwinan. Hmm... bukan moral yang baik di sini.
Perkahwinan Zhafri-Amnani bagai roller coaster. Tak henti-henti turun naik, bergaduh dan bermasam muka. Baik Zhafri mahupun Amnani, masing-masing tak mahu mengalah. Alahai! Part ni aku dah mula baca laju-laju. Pertengkaran demi pertengkaran buat aku rasa tepu. Bosan ya amat!
Kedatangan Hakimi ke pejabat barunya memang mengejutkan Amnani. Rupa-rupanya Hakimi pegawai baru yang ditugaskan di situ. Amnani mula rasa serba salah. Hakimi kini sudah mula memujuk rayunya kembali. Pusing. Saat hati tercuit, Amnani mula sedar statusnya sebagai isteri Zhafri. Hatinya berbelah bagi hendak memilih. Antara Hakimi yang romantis atau si naga Zhafri? Antara si Chocalate Mousse atau si Cheese Cake?
Pertama kali baca karya penulis. Ceritanya agak mendatar, tak berapa nak masuk dengan jiwa. Bisa buat aku menguap juga lah beberapa kali. Tapi aku kira pembaca remaja suka agaknya, kalau tak masakan adindaku tu beli *wink*
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan