Aleya Aneesa
ISBN: 9789831248805
Penerbit: Alaf 21 -
Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Jun 2013
Halaman: 700
Harga: RM26
~ Rasaku… ~
Mulanya tertarik dengan novel ini kerana
kulit bukunya. Merahnya makngah! ;P
Raqib dan Nadra [Ara]. Dari teman menjadi pasangan.
Itu pun gara-gara Ara yang tersepit bila si abang memintanya mengahwini Ghazlan.
Akhirnya Ara merisik teman baik sendiri. Ha, baca sekali lagi – risik. Waaa...
beraninya Ara!
Hubungan Ara dan Raqib masih sama seperti
dulu. Baik, akrab dan kini bila saja menjadi suami isteri, mereka lebih mesra. Memang
sweet couple la mereka ni. Bila isteri merajuk, suami pujuk. Bila yang seorang
tu marah, yang lagi satu tolong sejukkan. Serius Raqib ada gen lelaki yang
manis. Pandai membeli hati isteri tapi sayang dia lupa. Rasa hati perlu diluah.
Raqib tak boleh mengandaikan yang Ara akan tahu apa yang tersembunyi dalam
hatinya.
Ara pula memang cukup istimewa. Menerima
seadanya, baik buruk Raqib. Pandai memujuk dan melayan suami. Malah hati mak
mentua juga bisa disentuh. Cuma masalahnya adalah Idlan; satu-satunya adik
Raqib. Anak muda berusia 15 tahun itu cukup liat untuk ditawan. Bertentang mata
dengan Tuan Haji Yunus juga menggerunkan. Aku suka karakter datuk pencen ni.
Dalam sekeras hati lelakinya, masih ada lembutnya. Walau hati kata tak suka
pada cucu menantu yang pucat tak cukup darah, tapi itu sajalah cucu menantu
yang diiktiraf. Tak mahu dah yang lain.
Idlan pula memang anti dengan Ara. Cukup memusuhinya.
Berbuat baik di hadapan semua tetapi bila berdua dengan Ara, lidahnya tajam
berbisa. Ada saja perkara yang buat Ara kecil hati. Namun sebaik mungkin, Ara
cuba bertahan. Apalah yang nak direbutkan dengan si remaja yang baru nak kenal
dunia itu.
Bukan mudah menjadi Ara. Hati terguris tapi
masih setia. Cuma bila saja sang suami mengatakan tiada hati padanya, barulah
Ara berubah sikap. Apatah lagi dia kehilangan dua insan yang tersayang.
Satu-satunya abang dan anak yang dikandung, pada hari yang sama pula tu.
Manakan tidak hatinya berderai seribu. Berjauh hati dengan suami sendiri. Apa
mampukah Raqib memujuk isterinya kembali?
Walaupun sejak kebelakangan ini aku sering
saja baca kisah perempuan meminang lelaki tetapi CBM ada plot yang berbeza.
Kiranya penulis berjaya menyusun atur jalan ceritanya supaya ianya lain
daripada yang sedia ada. Sekaligus menjadikan CBM lebih memorable. Good job
sis!
Aku suka dengan gaya AA yang senantiasa
menitikberatkan hal kekeluargaan dan persaudaraan. Dalam novel ini misalnya,
kekuatannya terletak pada hubungan erat antara si adik-abang, anak-menantu dan
datuk-cucu. Bagaimana penulis mengolah hubungan itu supaya kelihatan cantik
dengan naik-turunnya konflik antara mereka. Air dicincang tak akan pernah
putus, apa lagi hubungan darah yang menghubungkan kita dengan keluarga.
Rindu pada tulisan AA bagaikan terubat bila
baca novel ini. Sentuhannya masih berbisa. Mungkin lepas ni aku patut capai
novel Dia Tak Tanya yang diabaikan itu hahaha
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan