Cintaku Luruh Di Oxford
Noor Suraya & Imaen
ISBN: 9789670201627
Tarikh Terbit: Januari 2013
Halaman: 738
Harga: RM34
~ Rasaku… ~
Halaman: 738
Harga: RM34
~ Rasaku… ~
Kerdil sungguh rasanya nak menulis resensi untuk naskhah yang tertulis indah ini. Apatah lagi ia umpama karya terhebat daripada dua penulis yang aku kagumi. Tapi dek kerana hati tergedik-gedik [haishh, hati yang disalahkan ;P], aku cuba jua.
Pada suatu musim luruh hati ini pernah mekar [blurb novel]
Ya, di satu ketika itu di kala musim luruh di bumi Oxford, hati Zuha dan Falah pernah mekar. Rasa indah nan tidak bertepi yang membakar jiwa, menghangatkan hati kedua-duanya. Walaupun diasuh hati untuk tidak terlalu lena dengan mimpi-mimpi itu, baik Zuha dan Falah tidak jua mampu menolak. Bukankah jatuh cinta itu anugerah?
Namun apakan daya,
Merpati terbang rendah
begitukah, dekat sangat di hati tapi tak terluah rasa [page 115]
Salah faham antara kedua-duanya begitu menghimpit. Itulah tak amalkan komunikasi berkesan kih5 Tapi begitulah, masa terus berlari. Zuha sudah tidak bisa lama-lama di negara orang, dia harus pergi. Dan perginya membawa hati yang luka. Tanpa disedari, Falah turut terkena tempias lukanya.
Hati jagalah aku, sahabatmu ini [page 637]
‘Perpisahan’ hampir lima tahun bagai sudah tiba di penghujung. Zuha dan Falah bertemu kembali. Kali ini Bukit Dussek umpama medan janji untuk si dua merpati sejoli. Sayang seribu kali sayang, salah faham tercetus lagi. Aduh, Zuha! Cepat sungguh ‘menarik’ hati. Falah pula kenapa tidak dibilang awal-awal apa yang tersirat? Lihat, masing-masing sudah melepas. Si ‘pakcik’ tua; Wassim sudah dapat peluang. Menyunting Zuha menjadi isteri.
Tetapi hati yang seharusnya gembira bila si juita dalam genggaman bagaikan tiada. Tidak bersyukurkah Wassim? Sedangkan selama ini dia memuja Zuha dalam diam. Hatinya libang-libu bila mengenangkan sang isteri rupanya mencintai orang lain. Hingga akhirnya dia mengalah;
Moga bahagia ‘isteriku’, berbahagialah dengan dia yang kau cintai selama ini. Cinta itu penyatuan dua jiwa. Cinta itu Zuha dan Falah [page 722]
Hmm...aku kasihkan opps kasihan pada Wassim kerana tahu berkorban rasa bukannya mudah. Tapi kelibat Dr Aqmar yang muncul, buat aku rindu padanya. Amboi! Sempat lagi hahaha ;P
Kalau ikutkan aku ‘lihat’ kisah cinta uda dara itu sikit saja, yang banyaknya tentang kritikan tentang ekonomi, sosio budaya dan politik di negara kita. Apatah lagi kita ini yang menganaktirikan bahasa dan sastera sendiri. Pedas dan sinis. Aku suka dengan kerjaya pilihan kedua-duanya. Lain daripada lambakan kisah cinta yang ada. Disulam pula dengan bahasa nan indah dan bergaya. Ya, hati dengan mudah terpaut suka, cuma masa seakan tidak mahu ‘berkerjasama’ jadi berdikit-dikit aku menghabiskannya.
Dan aku suka latar belakang estet Bukit Dussek yang nyaman. Tak lupa perjalanan Falah ke Changlun. Amboi! Mentang-mentang dah tahu di mana Juru, senang saja nak membayangkannya *wink*
Ps: Kredit pada Fira dan adindanya ;D
Happy reading (^-<)
6 ulasan:
Cerita ini sangat menarik.saya hanya mengabil masa 1 malam untuk mengahbaiskan novel ini. satu sebab kenapa saya suka sangat karya noor suraya adalah kerana di dalam buku2nya mesti ada pengisian. Novel duet pertama beliau dan en imaen memang tidak mengecewekan. Bahasanya yang indah sungguh membuat saya terasa seperti saya berada di dunia Falah dan Zuha:)
* Cik Tanpa Nama*
* Cik Tanpa Nama*,
Wah! Cepatnya dia habiskan dalam 1 malam je? So jealous ok hikhikhik ;P
Ya, harus diakui kedua-dua penulis senantiasa ada mesej. Itu yang buat saya selalu saja 'melekat' ;))
Betul..melekat hingga rasa tak sabar nak tahu kesudahannya.itu yg jd dlm masa 1 malam sy menghabiskan buku itu:)
*Cik Tanpa Nama*,
Hikhikhik semangatnya dia ;))
Saya mengambil tiga hari utk menghabiskan novel ini kerana terhimpit dgn tugas2 harian sdgkan novel ini..aduss...begitu memukau,sy terkejar2 membaca ketika Falah dan Zuha di Bukit Dussek kerana tak sabar menunggu utk mereka dipertemukan,kemudian saya terhenti agak lama setelah Zuha berkahwin dgn Wassim kerana berasa kecewa bagi pihak Falah.Walau pun sedar novel ini masih berbaki ketika itu saya amat takut kalau2 akhirnya nanti mengecewakan saya,sehingga tinggal beberapa helai pun saya takut boleh jadi Hisyam tiba2 muncul dan membunuh Falah..aduhai melalut betul...tp LEGA! akhirnya bahagia milik mereka bersama,cantik sungguh bahasa novel ini hingga saya dapat merasai sendiri manis dan pilu percintaan mereka...trima kasih kpd Kak Su dan En Imaen..tahniah utk anda berdua,berbaloi dapat memiliki novel ini.
Farah HK,
Amboi! Sampai ke episod bunuh-membunuh pula ya?
Takpe..tertipu dengan emosi sebentar je, masuk ending tadaaa...happy ending juga ;))
Catat Ulasan