Cintaku Luruh Di Oxford
airina
8:12 PG
6 Comments
Cintaku Luruh Di Oxford
Noor Suraya & Imaen
ISBN: 9789670201627
Tarikh Terbit: Januari 2013
Halaman: 738
Harga: RM34
~ Rasaku… ~
Halaman: 738
Harga: RM34
~ Rasaku… ~
Kerdil sungguh rasanya nak menulis resensi untuk naskhah yang tertulis indah ini. Apatah lagi ia umpama karya terhebat daripada dua penulis yang aku kagumi. Tapi dek kerana hati tergedik-gedik [haishh, hati yang disalahkan ;P], aku cuba jua.
Pada suatu musim luruh hati ini pernah mekar [blurb novel]
Ya, di satu ketika itu di kala musim luruh di bumi Oxford, hati Zuha dan Falah pernah mekar. Rasa indah nan tidak bertepi yang membakar jiwa, menghangatkan hati kedua-duanya. Walaupun diasuh hati untuk tidak terlalu lena dengan mimpi-mimpi itu, baik Zuha dan Falah tidak jua mampu menolak. Bukankah jatuh cinta itu anugerah?
Namun apakan daya,
Merpati terbang rendah
begitukah, dekat sangat di hati tapi tak terluah rasa [page 115]
Salah faham antara kedua-duanya begitu menghimpit. Itulah tak amalkan komunikasi berkesan kih5 Tapi begitulah, masa terus berlari. Zuha sudah tidak bisa lama-lama di negara orang, dia harus pergi. Dan perginya membawa hati yang luka. Tanpa disedari, Falah turut terkena tempias lukanya.
Hati jagalah aku, sahabatmu ini [page 637]
‘Perpisahan’ hampir lima tahun bagai sudah tiba di penghujung. Zuha dan Falah bertemu kembali. Kali ini Bukit Dussek umpama medan janji untuk si dua merpati sejoli. Sayang seribu kali sayang, salah faham tercetus lagi. Aduh, Zuha! Cepat sungguh ‘menarik’ hati. Falah pula kenapa tidak dibilang awal-awal apa yang tersirat? Lihat, masing-masing sudah melepas. Si ‘pakcik’ tua; Wassim sudah dapat peluang. Menyunting Zuha menjadi isteri.
Tetapi hati yang seharusnya gembira bila si juita dalam genggaman bagaikan tiada. Tidak bersyukurkah Wassim? Sedangkan selama ini dia memuja Zuha dalam diam. Hatinya libang-libu bila mengenangkan sang isteri rupanya mencintai orang lain. Hingga akhirnya dia mengalah;
Moga bahagia ‘isteriku’, berbahagialah dengan dia yang kau cintai selama ini. Cinta itu penyatuan dua jiwa. Cinta itu Zuha dan Falah [page 722]
Hmm...aku kasihkan opps kasihan pada Wassim kerana tahu berkorban rasa bukannya mudah. Tapi kelibat Dr Aqmar yang muncul, buat aku rindu padanya. Amboi! Sempat lagi hahaha ;P
Kalau ikutkan aku ‘lihat’ kisah cinta uda dara itu sikit saja, yang banyaknya tentang kritikan tentang ekonomi, sosio budaya dan politik di negara kita. Apatah lagi kita ini yang menganaktirikan bahasa dan sastera sendiri. Pedas dan sinis. Aku suka dengan kerjaya pilihan kedua-duanya. Lain daripada lambakan kisah cinta yang ada. Disulam pula dengan bahasa nan indah dan bergaya. Ya, hati dengan mudah terpaut suka, cuma masa seakan tidak mahu ‘berkerjasama’ jadi berdikit-dikit aku menghabiskannya.
Dan aku suka latar belakang estet Bukit Dussek yang nyaman. Tak lupa perjalanan Falah ke Changlun. Amboi! Mentang-mentang dah tahu di mana Juru, senang saja nak membayangkannya *wink*
Ps: Kredit pada Fira dan adindanya ;D
Happy reading (^-<)


