Andai Rindu Bersambut
Ellis Gee
ISBN: 9789833880829
Penerbit: Fajar
Pakeer Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan 1 – 2009
Halaman: 469
Harga: RM19.90
~ Rasaku… ~
Pertamanya ini novel yang dibaca tahun
lepas yang kemudiannya aku peram. Dan ketika tercari-cari novel mana yang patut
dibaca, aku terpandang kembali novel ini. Aku terus capai sebab hati dah kata,
kalau tak baca sekarang mungkin sampai ke sudah aku tak baca kih5
Kisah sepasang suami isteri yang mana rumah
tangga yang rukun damai sedang bergolak. Ini semua gara-gara munculnya orang
ketiga dalam hubungan mereka. Priscillia tidak pernah menduga, kesetiaan selama
ini dibalas tuba. Kelvin benar-benar sudah berubah. Perempuan simpanan bukan
hanya satu, malah di sekeliling pinggang. Rupanya Kelvin sudah terbiasa
bertukar-tukar pasangan.
Hati isteri mana yang tak hancur. Bila
ditanya, Kelvin tak mahu mengaku. Dan akhirnya pertengkaran sering saja
berlaku. Si kecil Kelly yang menjadi mangsa kedua-dua ibu bapanya.
Aku tak faham dengan Priscillia sebenarnya.
Tak mahukan Kelvin, tapi setia juga. Sudah benci tapi masih rindu. Hailoh...
sungguh! Aku geram dengan wataknya. Seperti kata Ragu dan Dora; kawan pasangan
ini, Priscillia boleh ‘berdiri’ sendiri tapi masih tidak mahu. Sudahnya rela
disakiti berulang kali, asalkan Kelvin tak lupa menyediakan segala keperluan
mereka anak beranak. Nasib baik ending ok.
Idea ceritanya aku suka. Sedikit berbeza
daripada yang lain cuma mungkin gaya bahasanya buat aku rasa lemau. Terasa
seperti membaca kisah yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia atau mungkin
silapnya sebelum ini aku baru selesai baca satu karya yang tinggi alunan
bahasanya, jadi saat memegang novel ini aku terus rasa doom...jatuh!
Sebenarnya aku lebih banyak skip daripada
membacanya. Maaf! Aku rasa tolong jangan ikut rating yang diberi. Cubalah baca
dulu, mana tahu ada yang berkenan di hati ;))
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan