Rehan Makhtar
ISBN: 9789671136201
Penerbit: Rehan Makhtar – Self Publishing
Tarikh Terbit: Cetakan Kedua Januari 2013
Halaman: 352
Harga: RM25
Halaman: 352
Harga: RM25
~ Rasaku… ~
Mulanya aku ingatkan ini kisah si Haqmi-Zafrin, jadi sudah pasti aku boleh habiskan laju-laju rupa-rupanya silap. Ini kisah abang Zafrin..oo...
KSC memang betul-betul kisah cinta. Tiada konflik berat ke, watak-watak jahat yang buat cerita ni serabut. Memang kalau ikutkan, rasanya boleh baca dalam satu hari saja tetapi dek kerana kesibukan [eceh!], lambat juga aku nak habiskan. Walaupun ini kisah cinta biasa, aku rasa KSC lebih sesuai untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas *wink*
Zafran bertembung dengan Anaresa di sebuah kedai buku. Tertarik dengan gaya Anaresa yang kelam-kabut dan polos. Bila bersua empat mata pula, hatinya tergoda dengan wajah Anaresa yang comel. Dan entah daripada mana pula datangnya idea untuk menjadikan Anaresa sebagai isterinya. Peluang yang ada direbut terus. Eh! Mama, abang nak kahwin!
Lewat episod seterusnya, pastilah tentang hubungan suami isteri ini. Nak kata manis dan romantis, mungkin ya tetapi ada sesetengahnya aku kira Zafran ni terlebih gatal pula kih5 Tetapi kalau gatal dengan isteri sendiri ok la kot. Aku suka dengan gaya Anaresa. Walaupun baru berusia 21 tahun dan menyandang gelaran isteri tak buat dia lemah. Kematangannya dibina berdikit-dikit, mengikut pada keadaan dan masanya. Dan aku suka dengan keluarga Zafran. Hubungan kekeluargaan yang rapat dan saling menyokong antara satu sama lain.
Kerana ianya karya online, aku tahu kesilapan minor seperti ejaan tidak dapat dielakkan. Tak mengapa. Apa pun tahniah buat penulis. Bukan mudah nak terbitkan buku sendiri. Banyak yang perlu dikorbankan. Moga terus sukses! ;D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan