Norhayati Berahim
ISBN: 9789834347314
Tarikh Terbit: Cetakan 3 - 2008
Halaman: 680
Harga: RM24
Halaman: 680
Harga: RM24
~ Rasaku… ~
TAB sebenarnya membawa isu yang cukup besar. Kisah anak gadis yang dicabul kehormatannya oleh keluarga sendiri. Jeslina; anak bongsu dalam keluarga Azman dan Khatijah. Dek kerana keadaan ketika itu Jeslina dihantar ke kampung di bawah jagaan ibu Azman. Memang tidak adil untuk Jeslina kerana dia seakan-akan dipinggirkan.
Mungkin benar Azman dan Khatijah amat menyayangi Jeslina tetapi ada masanya actions speak louder than words. Dan kerana itu Jeslina hidup dengan caranya tersendiri. Apatah lagi di usianya 15 tahun, dia dinodai oleh pak longnya sendiri. Tiada tempat mengadu dan tak tahu bagaimana mahu bersuara. Dia cuba berkongsi rasa dengan Odin; sepupu dan anak pak long yang durjana itu. Tetapi apalah yang Odin boleh lakukan?
Masa berlalu dan peristiwa itu menyebabkan Jeslina tegar memilih jalannya sendiri nun jauh di Glasgow. Puas sudah Azman dan Khatijah memujuk Jeslina pulang, tetapi itu semua tiada makna buat Jeslina. Hati yang luka dan trauma masih lagi membelenggu. Mujur ada Dr Budi Utomo, pensyarah yang menjadi tempat Jeslina mencurahkan rasa. Segala-galanya. Luar dan dalam kisahnya dibuka. Dan di sisi Dr Budi, rupa-rupanya hati yang keras itu sudah bertunas rasa cinta.
Pemergian ayahnya yang mengejut menyebabkan hati Jeslina cair. Dia jatuh kasihan pada ibunya. Namun dalam masa yang sama dia masih tidak selesa di rumahnya sendiri. Sebelum ayahnya meninggal dunia, ayahnya sudah berpesan pada Dato’ Mohid agar memujuk Jeslina untuk kembali tinggal di Malaysia. Jeslina amat menyenangi keluarga Dato’ Mohid terutama isterinya yang lumpuh tetapi bukan Razman; satu-satunya anak pasangan itu.
Razman rupanya sudah tertarik pada Jeslina. Dan kerana itu Dato’ Mohid bagaikan melihat itu cara terbaik untuk memujuk Jeslina kekal di Malaysia. Sekaligus dapat memenuhi impian terakhir sahabat baiknya. Mudahnya kan kita buat keputusan bagi pihak orang lain? Alahai... kasihan lagi Jeslina!
Perkahwinan yang diatur umpama jerat. Dengan peristiwa lampau yang masih belum dilupa dan kehadiran Razman yang sedikit terburu-buru dan egois. Mampukah Jeslina menghadapi semuanya?
Walaupun isu yang dilontarkan cukup besar tetapi seakan-akan kurang rasa. Mungkin kerana watak Jeslina yang agak goyah. Dia bisa hidup sendirian dan mandiri di luar negara tanpa bantuan keluarganya tetapi bila dia kembali ke Malaysia, dia tiba-tiba saja jadi lemah. Begitu juga dengan penamatnya yang aku kira sedikit terburu-buru. Konfliknya sudah panjang dan tiba-tiba end up macam tu je. Eh!
Atau mungkin kerana aku dah baca RCST dulu, makanya aku rasa novel ini biasa-biasa saja *wink* Tetapi ya, ini rasaku mungkin tak sama dengan kamu ;D
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan