Ramlee Awang Murshid
ISBN: 9789831248362
Penerbit: Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Cetatakan 1 - 2013
Halaman: 617
Harga: RM25
~ Rasaku… ~
Lama juga aku ambil masa nak habiskan karya terbaru RAM ini. Bukannya tak best tetapi aku tak mampu fokus. Mungkin kerana ianya berbentuk kompilasi lima buah cerita pendek yang mana aku boleh baca sikit-sikit, jadi aku boleh baca dua tiga buah buku serentak *wink*
Ini kisah ‘Aku’; seorang penulis yang mengalami writer’s block. Aku kira memang watak RAM. Apatah lagi dengan adanya bayangan watak-watak dalam novelnya sebelum ini. Manakan tahu RAM sebenarnya bermain dengan twist yang agak mengejutkan. Walaupun aku sudah dapat meneka bila di tengah-tengah cerita, tetapi penipuannya masih mendebarkan. Hati masih mahu tahu siapa gerangan ‘Aku’ sebenarnya.
Dalam mengembalikan rentak menulisnya, ‘Aku’ bercuti ke Pulau Pinang. Di sini dia bagaikan terperangkap bila mana ada ‘orang’ lain yang menyatakan dia itu pencuri karya. Dan karya-karya itu adalah lima buah cerita pendek yang ada dalam notebook miliknya sendiri.
Secara peribadi, aku hanya meminati kisah Bunian dan Sang Kancil. Padaku Bunian melihatkan siapa RAM yang aku kenal. Kisah dua alam, bermain dengan hijab, tempat dan laras waktu. Beliau memang cukup cemerlang dalam hal ini. Sepertimana imaginasiku membaca Sunan, RAM berjaya buat aku percaya dengan hanya menggunakan nama watak-wataknya.
Sang Kancil pula walaupun sudah boleh meneka hubungan antara Ahmad dan Jasmir, aku suka kerana ianya bukan hanya cerita si kancil itu. Perjalanan ceritanya yang buat aku tertarik. Malah sampai menutup buku ini, aku masih terkenangkan kata-kata si kancil iaitu:-
Dalam dunia manusia ada binatang tapi di dunia binatang tak ada manusia [page 408]
Tiga lagi:-
Culik
Cerita biasa-biasa saja. Kisah pembalasan dendam Faizal dan Johan. Ada sedikit twist yang menjadi.
Cinta Matiku
Agak tragis. Ini bukan kisah cinta uda dan dara saja. Membacanya menimbulkan rasa patriotisme dalam diri. Aku rasa kalau dibuat salah satu cerpen untuk subjek Komsas memang sesuai. Pelajar mesti tak bosan.
Cut
Percubaan berani daripada RAM kerana ia sebuah cerita cinta kahwin paksa. Tetapi aku tak suka ending kih5 Dan aku sedikit terasa kot dengan kata-kata di hujungnya – Malaysia ni banyak sangat novel cinta! [page 590]. Sinis. Kenapa banyak? Sebab permintaannya tinggi. Kenapa tinggi? Ha, tanya-tanya diri sendiri *wink*
Aku kira novel ini sesuai dijadikan pengenalan buat mereka yang baru pertama kali mahu mencuba tulisan RAM. Tetapi pada yang dah biasa dengan karya penulis akan rasa, “Aku pernah baca yang lagi ummph daripada ini.”
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan