Rindu Awak 200%
Liyana Zahim
ISBN: 9789831248829
Penerbit: Alaf 21 –
Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama Ogos 2013
Halaman: 597
Harga: RM23
~ Rasaku… ~
Akan ditayangkan tak lama lagi rupanya.
Alahai! Che Rina selalu sangat ketinggalan keretapi hikhikhik ;P
Full review: 14/07/2014
Dahsyat benar penangan
novel Melayu, menderu-deru permintaannya untuk diadaptasikan. Tahniah! Moga
kalian semua diberi lebih banyak ilham untuk menulis karya-karya yang lebih
hebat.
RA200% bawa isu yang
mudah sebenarnya. Lurus, takde kona-kona
dah. Cuma, sekali lagi, aku tak suka bila ada scene mengahwinkan anak dengan alasan untuk mengubah perilaku
anaknya ke arah kebaikan. Alahai! Tapi takpelah, aku masih enjoy hadam cerita ni walaupun di awalnya, aku naik cemuih nak
layan perangai si ibu dan anak hoho.
Armel Aisya. Tersengih
sendiri sebab tetiba teringat nama baru buat heroin ni yang diberi oleh seorang
sahabat hahaha. Ok, serius! Armel
gadis mandiri. Keluarga yang agak berada, tapi dia lebih suka buat hal sendiri.
Rebellious. Jiwa muda yang tak sebulu
dengan keluarga, terutama ibu sendiri. Dalam hal ni, aku masih tercari-cari
sebab utama kenapa ibu dan anak saling bercakaran. Mungkin aku terlepas
pandang, tapi ceritanya memang dari mula asyik berperang mulut je antara
kedua-duanya. Haihh...
Konflik tercetus bila
keluarga melihat gambar-tak-semenggah Armel di dalam dinding mukabukunya. Terus
Armel dipaksa balik. Armel perlu disental dengan klorox bagi memutihkannya! Yang
lebih buruk, bukan hanya dipaksa balik, tapi dipaksa kahwin! Makin
menjadi-jadilah pemberontakan si Armel.
Namun, lain yang
dirancang, lain pula yang terjadi. Armel yang mulanya menolak kemudian mengubah
fikiran. Hanya kerana cinta yang dipermainkan oleh kekasih hati, dia bersetuju
dengan aturan keluarganya.
Adegan seterusnya? Tak
susah nak teka. Biasalah adegan suami-rela-isteri-kahwin-paksa. Cuma, aku suka prolog. Kredit buat penulis sebab dari situ tak
sangka ada rentetan yang manis ;))
Dan ya, Zill. Zill
Faezrul Iqbal. Watak ni memang bakal menjadi hero pujaan ramai. Zill yang punya
ketenangan dan kesabaran yang cukup tinggi dalam menangani
karenah-kurang-kasih-sayang si Armel. Plus
point, tak silap Zul Arifin kan bakal memegang watak ni? Ha, makin ramai
yang tergolek-golek ni, tak gitu Mai? *wink*
Apa pun, aku lebih senang
dengan bahagian akhir cerita sebab di awalnya agak slow. Aku suka scenes
turun-naik pasangan ni, macam Armel yang sibuk jadi stalker FB suami sendiri hahaha.
Adegan romantis Zill-Armel juga terkawal. Kiranya buku ni sesuai untuk tatapan
umum.
Cuma, rasanya untuk
cetakan akan datang, pengeditan perlu dititik-beratkan. Terlalu banyak ayat
yang tergantung dan spelling errors.
Ps: Hilang kosa kata
sebab lama tak tulis. Biasalah, penyakit M datang menyerang, membawa pergi
semua mood membaca. Haihh...
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
Sebenar kita ni memang dah jatuh tergolek-golek kat Zil Faezrul....sabar,sarcastic &romantik. Tambah-tambah lagi Zul Arifin yg pegang watak 2, lagi la terfeeling. Hebat jgk penangan drama melayu ni kan kalau dah ngam layar ceritanya. Tapi sebal jgk dgn Armel ni kasar tahap kuang hajar. Dah langgan buku ni, x sabar nak baca 😁😁😁
P/s:sori komen panjang sangat.
Malingkat87,
Waa..nampaknya aura ZA tu sangat dahsyat la ni. Sampai tergolek-golek dibuatnya :))
Selamat membaca ya! Moga enjoy!
Catat Ulasan