Nota Airina : Salam setulus ingatan. Selamat membaca.

Nota Airina

READ AT YOUR OWN RISK

[Blog menggunakan Bahasa Melayu + English + Slanga]

Kita semua ada pandangan masing-masing, kerana kita menghadam isi buku itu berlainan. Dan untuk itu aku tak pernah berharap kamu semua setuju dengan resensi aku. Ada mata, ada hati, ada akal... fikir-fikirkan yang mana terbaik untuk kamu semua.

Nak copy-paste? Silakan... aku takde masalah. Yang mana baik untuk semua, aku ok je ;)

Psst... Aku akan jarang di blog. Tapi korang boleh je tengok update aku di GR. Sila klik di bahagian itu ya! Thanks!


Neno-neno-neno!

Aku ada jual novel terpakai. Berminat? Sila klik sini.

Isnin, 27 September 2010

Tiada Yang Kedua


JUDUL: TIADA YANG KEDUA
PENULIS: SANIA YASMIN
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD



~ Rasaku… ~

Dalam novel pertama Sania Yasmin bersama Alaf 21, masih lagi mengekalkan kisah cinta romantis. Hairan juga pada mulanya melihatkan nama penulis, lepas tu bila diteliti barulah tahu ohhh… Kak Sarnia rupanya! :))

TYK kisah kahwin paksa. Siapa yang suka genre ini pastinya boleh membelinya sebagai koleksi. Tetapi bagi aku, kisah DDI lebih memorable. Plot dalam DDI lebih menarik dan lebih kuat tetapi cerita ni pun boleh tahan juga.

Shira berkahwin dengan pilihan keluarganya. Sebagai anak yang baik, dia gembira dengan perkahwinan itu walaupun tak kenal langsung dengan pasangannya. Padanya apa saja yang menggembirakan ibu bapanya, dia akan rasa gembira. Shira ni kiranya family type dan dia tersangatlah rapat dengan kedua ibu bapanya.

Tetapi hati Shira hancur bila mengetahui yang Imran; suami yang baru saja menikahinya tak pernah setuju dengan perkahwinan mereka. Semuanya dibuat kerana ayah dan ibunya. Malam pertama yang diharapkan sebaliknya dia diberitahu yang Imran akan menceraikannya selepas 2 tahun kerana Imran sudah punya pilihan hati.

Hati mana yang tak terluka mendengarkan pengakuan sang suami? Namun Shira masih menjalankan tugasnya sebagai isteri dengan sebaik mungkin. Tetapi dia seboleh mungkin mengelak daripada terlalu rapat dengan Imran. Dia tak mahu menjalinkan sebarang perhubungan dengan Imran.

Sepanjang tempoh mereka berkahwin, Imran mula menyedari akan kebaikan isterinya. Dia mula membandingkan isterinya dengan Niza; kekasih hatinya yang lebih kaya dan manja. Nampaknya Shira menang dari setiap segi. Disebabkan itu Imran cuba mengubah pendiriannya. Dia mula belajar untuk menerima Shira sebagai isteri. Shira dipikat dan dicurah kasih sayang sepenuhnya.

Niza yang kecewa mencari Shira. Sengaja mempergunakan cintanya untuk mengugut Shira. Antara percaya dengan tidak, rupanya 2 tahun seperti yang dijanjikan sudah tiba. Shira berperang hebat dengan perasaanya, makin keliru. Dalam diam dia lebih rela pergi kerana tak sanggup mendengar lafaz perpisahan yang bakal Imran ucapkan.

Imran yang terlalu menyayangi Shira terdesak untuk mencari isterinya. Perasaan bersalah dan kesal yang menggunung apatah lagi Shira ketika itu masih lagi dalam keadaan sedih kerana kehilangan ibu dan ayahnya. Nasib Imran baik kerana mempunyai adik ipar yang cukup memahami. Shira ditemui dan Imran berjanji yang tiada lagi Niza dalam hubungan mereka.

Kebahagiaan pasangan ini sukar bertahan lama kerana sikap Imran yang terlalu cemburu. Cemburu butanya menyebabkan Shira mula menjauh dan akhirnya sekali lagi Shira pergi meninggalkan Imran. Kali ini Imran semakin parah kerana perginya Shira bukannya seorang malah membawa anak mereka sekali.

Bagaimana kesudahan kisah Imran-Shira? Siapa pula Rizal yang menjadi papa pada Rina; anak Shira? Ha, kenalah cari dan baca novel ni :P

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

Yakuza Merah berkata...

perghh menarik ni..nak beli gak ni....

aku tgh cr MURNI KASIH, hahahahah x jumpe2 novel ni

airina berkata...

Yakuza Merah,
Beli Ain jangan tak beli hahaha

Eh, Murni Kasih by Norhayati Berahim ke? Kalau payah sangat kau beli online je kat website NB Kara tu.
Tapi kalau kau rajin, kau pergi lah Minerva Jalan TAR, leh dapat diskaun 20% hehehe

Sayangi Bahasa Kita!

Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul

Labels

#prayforGaza Abby Gaines Abdul Rahim Awang Acik Lana Adah Hamidah Adaptasi Novel Addi Adib Zaini Affifudin Omar Afifah Aifa Batrisya Aimi Ainis Aina Emir Aisha Hamza Aisya Sofea Alaf 21 Aleya Aneesa Alifah Juhaida Alina Haizar Aloy Paradoks Amal Amanda Berry Amoi Ana Sofiya Andrew Matthews angelseptember Anis Ayuni Anita Aruszi Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian Aqram Ar Risalah Ariela Sahimi Arman Jazee Atikah Yusof Attokz Dikulgai Ay Yusof Ayob Kelubi Bahruddin Bekri Balqissy Bayyinat Berkley Sensation Big Bad Wolf Bikash Nur Idris blogpke Blook Bozu BraderLeplep Brigham Young Bukan Penggoda Buku Fixi Buku Prima BukuBlog Bulanhijau C.J. Charmichael Cabaran 50 Novel CAT Cerita KLIBF Cik Ian Citahrudin Cob Nobbler Comei Creative Ct Zuraimi Cucuratap Damya Hanna Dayang Noor Dewan Bahasa dan Pustaka Dhiya Zafira Dihsar Ludba Haqifa Diya Nordin Dr Amida Abdul Hamid Dr Shah Ibrahim DuBook Press e-book e-cerpen e-novel e-Sentral Elee Mardiana Elena Reeney Ellis Gee Emma Maizura Entangled Publishing Evelyn Rose Fadhli Hamdan Faisal Tehrani Faizal Sulaiman Fajar Pakeer Fatimah Busu Fatimah Syarha Fatin Nabila Fauziah Ashari Faziela Fdaus Ahmad Feeza Fikri Kacak Fikri Misti GA Quotes Galeri Ilmu Gina Yap Lai Yoong GR 2012 GR 2013 Grup Buku Karangkraf H.M. Tuah Iskandar Habiburrahman El Shirazy Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1195 Hafizah Iszahanid Hafizul Osman Hani Fazuha Hanie Hanina Abdullah Hanni Ramsul Hanny Esandra Harlequin Books Haryani Kamilan Hasrul Rizwan Haswida Abu Bakar Hellioz Herna Diana Hilal Asyraf Hlovate Hodder Stoughton I F I Enterprise Ian Juliana iBook Publication Ida Farisya Ika Madera Ilham Bestari Publication Ilya Abdullah Imaen Iman Nizrina Iman Xara Imani Hatta Imran Azmi Indah Iskandar Intens Media Iqbal Syarie Irma Hasmie Ismi Fa Ismail Jat Jemari Seni Jennifer Probst Jo John Norafizan JS Adiwarna Ju Asu Ra Julie Anne Julie James Kad Mutiara Minda Kaki Novel Karangkraf KarnaDya Karnival Buku Online Karnival Karangkraf KaryaSeni Keputusan C50B Khairul Nizam Khairani Khairulnizam Bakeri Khairyn Othman King International Prize 2010 KLIBF 2011 KLIBF 2012 KLIBF 2013 KLWRF Kumprinx Kusyi Hirdan Leeya Myra Lejen Press Levis Delisya Liana Afiera Malik Lila Vee Liza Mior Rashdi Lord Zara Luc Abdullah Lynn Allyna Lynn Dayana M Faridzuan Majid Ma Lee Chuswan Mak Su Manjlara Marissa Marita Conlon-Mckenna Marwati Wahab Masy Mat Luthfi Maya Iris Mazni Aznita Mazni Darwisya Mcjust.lol Meen Zulaikha Melati Publisher Melur Jelita Miazal Zahra Mimie Afinie Mimie Candycane Mini Novella Mirachantek miss eurydice Mona Yanty MPH Mr.K Mrflowermanstudio Murni Aqila Nadia Khan Nami Cob Nobbler Nasiroh Abdul Rahman Nasron Sira Rahim Nasz Nazawati Nazri M. Annuar Nazurah Aishah NB Kara NHF Media Nir Nirrosette Nisah Haron Nisyah Nizam Sani Noor Azzahra Noor Suraya Noorfadzillah Nora Ismail Norhayati Abd Malek Norhayati Berahim Norisah A. Bakar Nota Airina Notis Pembetulan Novel Grafik Novel Nur Novel Terpakai Nur Ezzah Amirah Nuraqilah Syuhaida Nurul Syahida O'Brien Press Owen Slot Pameran Buku Paradoks Production Pekan Ilmu PELIT Penerbit Republika Penulis.Sahaja Penulisan Enterprise Penulisan2u Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992 Pesta Buku Pesta Buku Kelantan Pesta Buku Selangor Pingu Toha Pitak Popular Printing Problem Promosi PTS PTS BookCafe PTS Fortuna PTS Islamika PTS Litera PTS Millennia PTS One PTS Pop PTS Syok-Hallyu Wave Qaseh Qaisara Qaseh Qistina Rabihah Nur Ridhuan Rahimin Raja Faisal Ramlah Muhamad Ramlah Rashid Ramlee Awang Murshid Read Malaysia Reen Rehan Makhtar Ridhwan [Ridh-One] Ridhwan Saidi Rizai Reeani Rose Harissa Ruby Hazri Rynsa Saidatul Saffa Saifullizan Tahir Salina Ibrahim Salina Salleh Sania Yasmin Sarnia Yahya SeaShell Publishers Sha Ibrahim Shafaza Zara Syed Yusof Shahir Shahirah Khairudin Sham Hashim Shamsiah Mohd Nor Shaz Johar Si Manis 17 Silhouette Books Sinaganaga Sindiket Sol-Jah Siti Hazneza Abdul Hamid Siti Jasmina Ibrahim Siti Nur Dhuha Siti Rosmizah Soltura Sophie Kinsella Syaihan Syafiq Syamnuriezmil Syarikat Muda Osman Syasyaja Syud Syuqri Mustaqim Szalies Teja Irzara Telaga Biru Tere Liye Terjemahan DBP Thanks Note The Dial Press TheBentPencil Tok Rimau Top 10 Ulii Azman Umi Azrini Umi Kalsom Usia GA Ust Amran Md Yusoff Vanny Chrisma W. Wann Azlan Wise Words Publishing Wordless Wednesday Xarine Zabrina A. Bakar Zaharah Nawawi Zamri Mohamad Zamri Zainal Abidin Zara Aluwi Zaradgreat Zarith

Arkib Blog