Liana Afiera Malik
ISBN: 9789838934442
Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Keempat 2003
Halaman: 1211
Harga: RM49.90
~ Rasaku… ~
Stres *wink* Memang terganggu emosiku masa baca buku ni. Lihat progress aku di GR, lagi lah... dah rupa apa je hahaha ;P
BPLB memang sesuai untuk peminat novel cinta tegar. Kisah cinta air mata. Tragis. Bak kata teman-temanku, memang meleleh air mata sampai tak cukup tisu. Dan bila fikir-fikir kembali kalau aku baca kisah ini sepuluh tahun sudah, mungkin aku pun begitu.
Kekuatan Larasati ‘Aisya [Lara] meladeni hidupnya aku memang tabik. Terasa disisih daripada kasih ibu sendiri setelah kematian ayahanda tersayang, tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang. Saat abangnya hilang punca bila rumah tangganya berderai, Lara menggalas tanggungjawab yang cukup besar untuk mengepalai syarikat yang hampir musnah. Dan ketika rusuhnya jiwa menerima amanah itu, dia pula dirosakkan oleh sang jejaka durjana yang kononnya sangat mencintainya.
Namun itu semua tidak melemahkan semangat kental Lara untuk meneruskan kehidupan. Dia harus terus berdiri walaupun terluka berulang kali. Bila Tengku Ainul Zafir [Zafir] masih setia menghulurkan cintanya, Lara menganggap itulah mentari yang bakal menyinari kehidupannya.
Tetapi apakan daya, tidak mudah untuk seorang Larasati ‘Aisya. Dia diuji lagi. Bukan saja dengan penolakan Zafir terhadap kandungannya malah makin menyesakkan bila Tengku Farah Waheeda; bekas kekasih Zafir kembali muncul dalam kehidupan mereka. Jadi apa kesudahannya? Mampukah Lara tinggal diam menelan kesemua penderitaannya?
Liku-liku hidup Lara memang payah. Indahnya sekejap lukanya yang banyak. Tetapi dia bisa tersenyum dan ketawa. Memang kontra habis dengan watak-watak lelaki dalam novel ini. Baik Luke, Zafir mahupun Zakuan… kesemuanya hampeh! [maaf agak emo aku di sini ;P]. Mujur ada abang Johan yang buat aku tersenyum sikit bila saja melihat nama watak lelaki. Dan bila dia dipasangkan dengan pembantu Lara yang setia tu memang aku setuju sangat.
Walau bagaimanapun, aku bagi kredit untuk ending. Yay! Tidak seperti yang aku fikirkan. Sedikit lari daripada kebiasaan. Gila agaknya aku ni bila suka penamat yang sedih [tergantung?] sebegitu *wink*
Ucapan takziah kepada keluarga arwah Liana Afiera Malik yang sudah meninggalkan kita pada tahun 2011 [betulkan kalau aku silap]. Moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah. Al-Fatihah...
Orang kata patah tumbuh hilang berganti, tetapi padaku yang hilang tak mungkin bisa diganti.
Happy reading (^-<)
9 ulasan:
Saya sukakan karya2 arwah.tp bg saya buku ini terlalu banyak yg pahitnya dari yg manis.masalah dtg bertimpa2 sehingga sy rasa stress membacanya.Al-Fatihah unt arwah
Tanpa Nama,
Hee ;)) Ramai yang stres juga ya? Ingatkan saya saja hikhikhik
Saya pun stress..baca buku ni thn 2002 kalau tak silap..tp salute dgn larasati aisya..
aien sary,
Haihh...kan? Memang stress tapi heroin novelnya memang bersemangat kental! Tak mudah mengalah.
salam..
jual x novel ni..
kalau jual kita nk beli...
lama dah cari novel ni.. tapi xjmpe2..
Awakkkkk sy dah lama cari novel ni..awk nak jual x?😂
Salam yaTy ♥,
Maaf, saya tak jual!
Maaf azieatul, saya tak jual.
aini
saya baca lebih 10 tahun yg lalu.. sampai sekarang saya ingin jadi setabah lara..
sape2 nak jual.. plsss sy nak simpan 1
Aini Syuhada Saiful Rizal,
Maaf ya saya tak jual sebab dah lama hunting buku ni.
Catat Ulasan