Projek Memikat Suami
Hanina Abdullah
ISBN: 9789671120828
Tarikh Terbit: Ogos 2012
Halaman: 525
Harga: RM21
Halaman: 525
Harga: RM21
~ Rasaku… ~
Daring.
Delicious.
Hot.
Naughty.
Erk??? Apakah yang aku sampaikan ini? hahaha5 Ok mari 'bermain' dengan kata-kata... chewahhh!
Nawwal Husna [Nawwal] dan Zahrain Alimin [Zahrain]. Kedua-duanya dikahwinkan atas aturan keluarga. Indirectly, macam kisah kahwin paksa. Walaupun sebenarnya Nawwal boleh menolak, tetapi dia tak sampai hati sebab keadaan syarikat ayahnya ketika itu yang tak berapa stabil. Jadi diturutkan juga permintaan ummi dan babahnya. Lagipun ketika melihat profil Zahrain di internet, lelaki itu memang cukup pakej - kaya, handsome, ada pangkat. Kiranya memang tergoda sungguh lah ;))
Tetapi setelah bertemu empat mata dengan Zahrain. Aduh! Terus dia cop Zahrain si mamat ketul ais beku dan mat sentap [tu lepas berkahwin kih5]. Namun Nawwal bukannya gadis yang mudah putus asa. Ya, dia mungkin berkahwin dalam usia yang muda, tetapi di usianya itu dia perlu bekerja keras untuk menyaingi suaminya. Mujur ada Master-ji dan Side-kick; dua kakak Nawwal yang tak pernah berhenti memberikan nasihat dan petua untuk memikat sang suami.
Jadi apa petua yang diturunkan oleh kakak berduanya itu? Mudah saja, tawan si suami dengan budi pekerti yang baik. Kata-kata yang manis dan lemah-lembut. Jaga makan minum suami... hmm, dan pakai seksi-seksi sikit kat rumah hahaha5 Dan bila suami tu macam tak heran, ego setinggi gunung dan cakap kasar-kasar, kena kuatkan hati. Ala... lelaki! Senang je nak cair *wink* Eh! Tu bukan aku kata, anak-anak Haji Nuqman yang kata kih5 ;P
Sebenarnya ini kisah klise. Aku akui tetapi penulis berjaya membuai perasaan pembaca dengan scene yang tak terfikir oleh aku sendiri. Mungkin ia tak pernah diceritakan dalam budaya kita tetapi bila aku meletakkan diri aku sebagai isteri, rasanya memang itu lah kot kena buat. Nak memikat suami yang dah terang-terang tak suka kita kena lah kerja keras. Cuba sedaya upaya dan guna apa cara sekali pun. Mujur lah penulis tak guna resipi bomoh!
Aku suka bila penulis tak meletakkan perasaan benci sepenuh hati dalam diri isteri dan suaminya. Zahrain memang tak sukakan Nawwal tetapi dia tidak pula beria menolak Nawwal. Kalau ikutkan, dia sebenarnya sedang membuka peluang untuk diri sendiri dan Nawwal. Cuma masalahnya encik mat sentap ni memang spesis lelaki ego tak kena tempat ;P Dan terima kasih juga sebab tak buat novel ini kisah kahwin paksa berendam air mata *wink*
Satu benda yang aku tak suka [ada juga tu ;P]. Bila ada monolog, akan ada tanda pembuka/penutup kata [“”] dan bila di hujung ayat baru ada 'detik hatiku', 'jeritnya dalam hati', bla bla.... Agak menganggu aku sebenarnya kerana mulanya dah terasa wataknya sedang berdialog tapi... hmm, aku rasa tertipu ok! Rasanya ada cara yang lebih baik untuk meletakkan monolog tu.
Walau bagaimanapun, novel ini masih tak sesuai untuk diusung oleh anak remaja. Mungkin aku kolot, tetapi itu lah aku hahaha5
Happy reading (^-<)
6 ulasan:
Mmg btul tak sesuai utk yg bwh umur..sbb bg yg matured n sdh berumah tangga, kisah ni byk buatkan kite gelak ketawa sbb si suami bila tergoda n cair je trus tak sbr2 suruh si isteri melayan kehendak batin dia..
Nim Ni,
Kan? Jadi tak salah lah pandangan saya tentang ini hee ;))
Kakak ofis kenalkan aku dgn novel,ni. Dia suruh aku bc.time tu praktikal situ.so fhm2 la umo brapa ms tu. Kak tu plak umo 30-an. Aku pdg atas bwh atas bwh je kak ni. Biar betul kak ni suruh aku bc novel ni. Naik segan plak bila bc. Ye la. Aku mn kawen lagi.kak tu plak dah kawen. Dah branak pinak dah. Klakarlah novel ni.klaka lagi kak ofis suruh aku bc tu. Hahaha.
Fatinnadiah,
Hehe..nanti sesama tonton dramanya pula ya :D
saya nak beli you punya buku mak cik..
kemane i harus contact ??
makasih
.................,
Maaf dik. Akak tak jual bukunya.
Ehem, adik boleh beli online dengan MPH. Sekarang ni tengah ada diskaun 25% :D
Catat Ulasan