Abdul Rahim Awang
ISBN: 967998771X
Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Ketiga 2001
Halaman: ~ 238
Harga: RM 13.90
~ Rasaku… ~
Kali ini ARA membawa kisah konflik dalam perkhidmatan polis. Bagaimana cerita pegawai polis yang makan suap menyebabkan ada sesetengah anggota polis lain yang terkena sumpahnya bak kata pepatah orang lain makan nangka, orang lain pula yang terkena getahnya.
Inspektor Farid [Farid] merupakan anggota polis yang jujur. Peraturan dan undang-undang perlu seiring dengan kerjanya tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Namun kejujurannya dalam menyiasat kes kasino haram yang menjadi pusat bekalan dadah telah mengheretnya ke daerah yang kelam. Kesungguhannya mengikut peraturan dan undang-undang tidak langsung membantunya. Farid tersepit di tengah-tengah apabila ianya melibatkan nama-nama besar dan berpengaruh.
Kisah Hisyam muncul di saat serbuan kes kasino haram. Raid yang dilakukan oleh Farid rupanya mengheret Hisyam juga. Dia menjadi mangsa dalam aksi tembak-menembak pihak polis di kasino itu. Kebetulan Hisyam merupakan anak Datuk, dan sudah pasti kesnya menjadi bualan hangat media akhbar. Sudahnya kejayaan polis melumpuhkan sindiket judi dan dadah tidak dipandang sebaliknya kecuaian dan kelalaian pihak polis dalam menyelesaikan kes sehingga mencederakan orang awam yang menjadi isu hangat.
Farid ditahan kerja akibat tekanan melampau yang dikenakan. Pihak atasannya; Tuan Chua Poh Soon tiada cara lain namun dia tahu, keadilan perlu ditegakkan. Berjayakah misi jabatan polis untuk menegakkan keadilan? Apa benarkah jenayah kolar biru makin berleluasa hinggakan polis sendiri turut hanyut dalam jenayah yang sama? Antara kuasa, kekayaan dan nilai-nilai murni, yang mana akan menang dalam perhitungan ini?
Cerita ini kurang menyengat, tak seperti Pulang. Barangkali kerana ceritanya pendek saja jadi ada rasa kurang puas ketika menyelak halamannya. Namun sentuhan ARA masih di kelasnya tersendiri. Buat peminat kisah cinta, ini bukanlah buku anda! Tetapi kalau ingin keluar dari dunia fantasi, elok juga cuba mencari karya-karya ARA :D
Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan