Setelah Hati
Dimiliki
Rozita Abd. Wahab
ISBN: 9789831248010
Penerbit: Alaf 21 –
Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Julai 2012
Halaman: 560
Harga: RM22
~ Rasaku… ~
Aku rasa ending tak best. Hmm...kenapakah?
hahaha ;P
Full review: 13/08/2014
Buku yang menemani perjalananku
ke pantai timur. Konon mahukan cerita penuh konflik, sudahnya aku yang lelah
nak menghabiskannya. Tak pasti kenapa, kurang rasa... hati kering?
Ini kisah Auni Filzah
[Auni] yang menjadi ‘isteri terjun’ buat Fikri; tunangan adik sendiri yang menikah
dengan orang lain. Seksa? Amat... ngilu rasanya bila sang suami tak pernah
memandangnya sebagai isteri. Namun, lebih terseksa bila saja mereka sudah bisa
menerima susun atur takdir, mereka diuji pula dengan rahsia diri Auni.
Auni rupanya pernah
berkahwin tanpa pengetahuan keluarganya. Difikirkan rahsianya akan terikat
kemas, manakan tahu akhirnya ia terbuka jua. Kasih yang baru bersemi terlerai
jua. Pergilah Auni membawa diri, bila dirinya sudah bagai sampah di pandangan
Fikri.
Dalam diam rupanya Auni
sudah lama diintai Adam; bekas adik ipar sendiri. Tapi Fikri datang memujuk.
Kekesalan dan rasa rindu pada Auni makin menggila bila Auni diceraikan. Jujur,
aku lebih suka rupanya scene memujuk
Fikri tu. Nampak benar dia bersungguh ingin meraih kembali kasih sayang Auni.
Dan, aku bersetuju
dengan pendapat seorang sahabat. Kalau mahukan pengakhiran yang berbeza buat
Auni-Adam, plot-plot di hujung sepatutnya lebih fokus pada cerita mereka
berdua, bukannya pada scene pujuk
rayu Fikri. Ini tup-tup... eh? Selamat
pengantin baru, Auni!
Ending? Rasanya aku sudah beri hint tadi hahaha.
Happy reading (^-<)
3 ulasan:
psttt, endingnya si Adam yang dengan Auni??
Soleh...
no..no..no..
hemm.. mcm dah lama x baca karya otai Rozita ni...
tp... bila ckp mcm berjangggut nak abis tu.. kena fikir balik lah... hehhehehe
Soleh S
Shhh...rahsia. Nak tau? Baca sendiri..ahaksss :P
Salam Madam Lola,
Hee..silakan baca ML. Tak lama sangat kot nak habis, standard tebal novel biasa :D
Catat Ulasan